Thursday, March 8, 2012

120214_MAKA


here some pictures taken at my dean list awards..though it was 3 weeks ago,but for me, it was the best moment..lets check it out!!


me, pn. Ina (my lovely lect.), adah and ain.




me and ain handle the registration


it was me!



with our seniors














members of the committee a.k.a PKA's group

#to all PKA's group, gambate to all of you!it was great moment when we works together.for sure, i'll missing all of you.keep in touch!



kak rose & kak wardah
#kak rose, u looks great with the new image


love it!!looks perfect!


me with my official photographer..hehe.just joking...



 

Tuesday, March 6, 2012

wanita CEMBURU dengan bidadari?



"Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?"

Jawapannya nanti dulu. KIta bincang hal yang lebih penting. Haha..

Mmm...nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan 'bidadari', aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?

Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

seorang ustaz pernah berkata, "Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya.."

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..

Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur'an.

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke?


Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.

"Di syurga nanti, selagi wanita itu tak berenggang dengan suaminya, suaminya seakan-akan tak nampak pun bidadari.. Tak perlu lah  dirisaukan sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar kita dan suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin.

Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagaiketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?

Tidak juga.

Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya.
Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
"sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka".

Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan..
Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).


Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan?
Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.

Betul?

Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;

Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih."
Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang wanita.

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..".
Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata.


"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!"
Mungkin ada wanita yang berfikir begini.


Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi shopping ke?" ; )


"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan, niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.

Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...'latest design'
kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA!
Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati.. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?tak pun Guess ke?"

Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
"Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;

"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi."
Jadi moral of story, perbanyakkanlah amalan agar kita dapat masuk syurga..bukan ke tak nak berenggang dengan en.suami...hehe

p/s: With words, I could not express..how deep is MY LOVE for YOU

Sunday, March 4, 2012

wordless...










how cute he is?aigooo...




p/s: he is far away and away,.and in wordless i'm in love with!!!



Thursday, February 16, 2012

It Turn Again





Bismillah.....

fusshhh...i'm here again!
since i'm now too busy with my assignment,..(actually, it was 5 final projects before the end of my semester)
imagine that!it was 5 final projects.not enough with the 'super mega' assignment, i also need to focus for my MUET.(actually.i'm quiet curious with...)
and all of my day  full of working and working....design and design...
sometimes feel like i'm crazy people...
because i've no time to think about others accept my assignment..
and that's why,it also make me always in 'mess' mood..
sometimes it hurts others feeling...(sorry dear,,,)
sometimes it stressed me until i got migraine again...and again...
and i'm very tired in every the end of day...
it always make me in tears...
sometimes i feel like i want to go far away and away...
away from all sort of matter that...
i want to be free like birds flying...
i want to turn my face towards the sun and afraid to turn back...
coz i don't want to look towards my shadow..
owh...if  i can...
but...i need to be strong..
coz that's all what i need to face before i got the success....


#mom...hug me please....




Tuesday, February 14, 2012

Calon Suami




dia : awak,nanti kalau nak cari calon suami..cari yang banyak cakap tau.
aku : haaaaa....(berkerut muka sebab tengah blurr)
dia : awak tu....bila nak kahwin nanti cari suami yang banyak cakap....nanti rumah awak taklah sunyi...
aku : hehe....kenapa?(time ni dah sengih2)
dia : betul lah..awak ni pendiam sangat.dari tadi lagi,sepatah habuk pun suara awak tak keluar tau.
aku : hehe..saya tak tau nak cakap apa la...(merah muka aku...sebab malu...hehe)
dia : tak tau nak cakap apa?ishh..pelik lah saya dengan orang jenis awak ni....
aku : hehe....
(perbualan antara Mas dengan Pn.Ina)


#Mas ni pendiam sangat kah?hmm...entahlah...semua orang cakap macam tu.

Friday, February 3, 2012

DKNY Limited Edition Ripe Raspberry





semalam mas baru ja beli perfume DKNY ni.harga dia pun boleh la tahan.tapi disebabkan addict dengan bau nya yang sweet sangat, mas pejam mata ja lah..tapi ketar jugak tangan time nak bayar duit tuh..aduh..minggu ni kena puasa la.


"tak apalah mahal sikit pun....beli sebagai hadiah dapat dekan sem lepas.." 

ayat yang sama digunakan lagi.sebenarnya mas pun dah tak tahu dah kali ke berapa mas beli hadiah untuk diri sendiri sebab dapat dekan... (# sebenarnya tu alasan bila nak shopping menghabiskan duit......hehe)..tak tau lah bila nak berubah.boros betul....kalau mak tau mesti dah kena tazkirah ni...


p/s: hati2 pada sesiapa yang pakai perfume DIESEL, mas addict dengan perfume tu...(kalau orang tak hensem pakai perfum tu,terus nampak hensem....*hyperbola la sangat*).






Wednesday, February 1, 2012

He is my lecturer and I'm proud to be his student..




HAPPY BIRTHDAY TO YOU....
HAPPY BIRTHDAY TO YOU....
HAPPY BIRTHDAY TO YOU, SIR....












Tiada Yang Mustahil... Rafizi Shari
hero
MENJADI PELAJAR CONTOH, MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN KELAS PERTAMA, DIANGKAT MENJADI SALAH SEORANG PEMENANG PERTANDINGAN BERPRESTIJ SERTA BERGELAR PENSYARAH MUDA, SEMUANYA DILAKUKAN DALAM TEMPOH LIMA TAHUN SAHAJA! (i want to be like him too...)

Siapa sangka seorang yang dipandang rendah semasa berada di peringkat menengah, kini sudah pun menggapai hampir separuh daripada impian jangka panjangnya. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah rentetan hidup seorang insan  bernama Mohd Rafi zi Mohd Shari atau lebih mesra dengan panggilan Rafi zi. Tiada yang mustahil di dalam hidupnya! latar belakang Anak kedua hasil perkongsian hidup Mohd Shari Sidek dan Rosmah Kerol ini berasal dan membesar sepenuhnya di kediaman keluarga yang terletak di Keramat, Kuala Lumpur. Mempunyai seorang kakak dan dua orang adik, Rafi zi dilahirkan pada tanggal 1 Februari 1988. Sejak di bangku sekolah menengah, dia sudah mula menonjolkan minat yang mendalam terhadap dunia seni dan artistik lantas mengikuti jurusan seni semasa berada di tingkatan empat. Berkat kesungguhan yang ditampilkan, Rafizi ditawarkan jurusan Diploma Seni Lukis dan Seni Reka Tekstil di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Machang, Kelantan. Selesai pembelajaran pada suku tahun kedua 2009, dia kemudiannya berpeluang menyambung pendidikan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di UiTM Shah Alam. Penat lelah siang dah malam terbalas apabila dia berjaya menamatkan sesi pembelajaran dengan kepujian serta dianugerahkan Anugerah Naib Canselor sepanjang dua tahun pengajiannya dari tahun 2009 sehingga 2011.

Personaliti

Menegaskan diri seorang yang happy-go-lucky, Rafizi  menyifatkan dia lebih selesa membawakan aura ceria kepada sesiapa sahaja yang mendekati. (happy-go-lucky,cheerful,cute....and so on lah.....)   Merasakan perasaan positif itu perlu ada pada setiap orang, tambahan pula dia tidak suka diharungi ideologi negatif kerana tidak banyak yang akan dapat digapai dengan berfi kiran sedemikian rupa. Selain  itu, pemuda yang taasub dengan fi lem-fi lem komedi ini mengakui dirinya seorang yang gemar bercakap. Walaupun ketika diri masih menyarungkan uniform sekolah sehinggalah kini  sudah berkerjaya, dia memang suka bercakap dan berusaha menjadikan setiap perbualan bersamanya sesuatu pengalaman yang menyeronokkan. Apabila ditanya tentang perkara yang gemar dilakukan pada waktu senggang, jawapannya adalah melukis di samping keluar bersiar-siar sambil mencari idea-idea baharu yang boleh dipahat dalam kerjayanya kelak.
Karier
Sejurus tamatnya sesi pembelajaran sekitar tahun 2011, dia ditawarkan menjadi pensyarah di UiTM cawangan Kuala Terengganu. Mengajar subjek seperti experimental textile dan lukisan, kini sudah hampir setahun dia bergelar pensyarah muda di kampus yang terletak di Chendering itu. “Sudah menjadi  impian saya sejak bergelar pelajar lagi untuk bergelar pensyarah dan mula berkongsi pengetahuan serta pengalaman yang pernah saya miliki. Bukannya mudah untuk mendidik anak-anak muda kerana banyak perkara yang perlu saya ambil kira. Ketepatan ilmu yang diturunkan haruslah sentiasa jitu, sentiasa melakukan penyelidikan dari semasa ke semasa serta memastikan para pelajar benar-benar faham dengan apa yang diajar hanyalah segelintir daripada skop kerja saya. “Kadangkala profesion sebagai  seorang pendidik boleh menjadi sesuatu yang mencabar kerana seni bukanlah sesuatu yang tetap. Art can be cliche, jadi perlunya saya menitik beratkan kelainan dalam setiap hasil kerja para pelajar. Mengajar seni tidak termaktub dengan apa yang tertulis di dalam buku-buku sahaja kerana pentingnya ketelitian serta aplikasi teknik yang tepat perlulah sebati dalam jiwa lalu dirangkum dalam hasilnya nanti,” ujar panjang lebar. #copypastefromamagazine#


special for my lecturer....

Happy Birthday and many more ! ! ! i will always prays for your best,sir...(hepy besday,hero majalah...hehe)