Bila sebut tentang jodoh, ramai remaja,belia mahupun yang baru sekolah rendah
seronok. Fitrah manusia yang ingin disayangi dan menyayangi antara kita. Tak
normal kalau manusia tu tak pernah rasa ingin menyayangi orang lain atau nak
disayangi.
Tapi dalam mencari jodoh sebenar, kadang-kadang kita tersalah
jalan. Ada yang ambil jalan mudah dengan meletakkan jodoh sebagai matlamat hidup
sehingga lupa tugas sebenar manusia diciptakan atas muka bumi ni.
“
Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah (mengesakan ibadahnya)
kepada-Ku” (Adz Dzariat:56)
Ya,couple memang indah.Indah di awal
waktu,tapi pahit jika pengakhirannya tak disambut dengan ijab kabul. Jangan
nafikan! Hanya mereka yang alami tahu hakikat ini.
Kita mungkin kata
"Aah, aku couple tapi tak pernah sentuh dirinya hatta tangannya malah aku sering
jaga solat walaupun kami keluar bersama". Tapi itu sebenarnya kosmetik! Dalam
diam kita mampu jadi sebaik-baik umat di depan pasangan kita, tapi hakikatnya
hipokrit ja semua tu.
Ada yang kata si dia malu-malu depan aku dan
bukankah malu tu perisai orang beriman.
Sesungguhnya malu dan iman
selalu beriringan, apabila salah satu di antaranya diangkat (dihilangkan) maka
yang lainnya pun akan diangkat pula. (Riwayat Imam Hakim melalui Ibnu Umar
R.A.)
Tapi dalam malu itulah,kita rasa mahu. Mahu
bermanja-manja,sehinggakan dalam malu itu pun kita tersilap meluahkan rasa
sayang yang sepatutnya disimpan untuk pasangan yang halal. Erti kata mudah, tak
payahlah bercouple,usung sana-sini sebab hakikatnya kita hanya hipokrit bila
berdepan (dating).
MENCARI ATAU MENUNGGU
Kalau tak boleh
bercouple, macam mana nak cari pasangan? Nak tunggu rezeki turun dari langit
baru nak cari? Bukankah usaha tu perlu gak?
Berdasarkan pengalaman
peribadi, couple sebenarnya banyak bagi kesan negatif apabila putus. Ya, itu
realiti. Setelah banyak benda kita korbankan,banyak perkara kita luahkan dan
banyak benda kita rancang atau harapkan, tiba-tiba putus hatta tanpa sebab yang
kuat. Siapa mampu lawan keputusan yang DIA bagi untuk kita?
Tak dinafikan
kita akan rasa sayangkan seseorang. Jangan tolak fitrah manusia
tu.
Perlukah mencari atau menunggu? Pandangan peribadi, mencarilah dari
menunggu. Dalam mencari,cubalah 'menjadi'. Maksudnya, dalam mencari sesuatu yang
baik, berusaha untuk menjadi yang baik. Dan mencarilah bila kita bersedia. Kalau
tak sedia, simpan je perasaan tu sampai kita betul-betul sedia. Tak luah
perasaan pada orang kita sayang hakikatnya takkan kecewakan kalau tiba-tiba
orang kita suka jadi milik orang lain.
Bila kita sedia? Tanyalah diri
kita. Perkahwinan bukan 'keseronokan' saja, tapi disusuli tanggungjawab. Dan
kaum Adam sebagai ketua, akan tanggung tanggungjawab lebih berat sebagai
pemimpin. Apa guna kahwin untuk 'seronok' tapi rukun Islam 5 perkara masih tak
cerdik? Apa guna idamkan seorang 'ustazah pilihan' atau nak jadi 'pilihan
ustazah' kalau perangai seperti juara 'Raja Lawak' dan 'Akademi
Fantasia'.
Buat si Hawa pula, perkara pertama kena fikirkan ialah adakah
kalian sanggup serahkan jiwa anda untuk seorang lelaki yang hebat ilmu dunia
tapi jahil akhirat. Ya, memang susah untuk anda jadi 'ustazah pilihan' tapi tak
salah anda terus kejar jadi yang terbaik dari aspek agama dan
dunia.
Simpanlah rasa cinta anda. Jangan ulangi silap lalu. Jika
bersedia, jagalah batas agama sehingga jadi yang halal buatnya. Dan jangan
mencari 'ustaz' atau 'ustazah' baru anda terima pinangannya. Hidup saling
lengkap-melengkapi.
"Apabila datang meminang kepada kamu orang yang
kamu redhai agama dan akhlaknya maka hendaklah kamu kahwini akan dia, jika kamu
tidak melakukannya nescaya akan berlaku fitnah di atas muka bumi dan kerosakan
yang besar" (Riwayat al-Tarmizi)
Simpan lebih baik dari
luahkan andai diri masih belum mampu. Yang halal tetap indah kerana dengannya
anda akan jatuh bangun bersama.
sumber:http://studiokini.blogspot.com
p/s: today is my birthday.happy 3rd of Ramadhan kareem..