Friday, August 19, 2011

Textile - Going To Research





yeah!!yeah!!outing.......hari Ahad bersamaan 14 Ogos 2011, group textile part 03 telah 'outing' ke Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ). Tujuannya hanyalah satu, iaitu untuk mengkaji,meneliti,mempelajari dan melihat cara-cara menenun songket. Sebenarnya YTNZ ni dekat lah sangat ngan kampus, cuma tak perasan jer dia bertapak kat situ. Kalau jalan kaki maybe 15 minit je. Dekat je,...tapi mau jugak berpeluh tuh...bertolak dengan menaiki bas 'UiTM dihatiku'....sangatlah excited sebab kitorang mati-mati ingatkan YTNZ ni jauh.....tup-tup  baru je tak sempat lagi nak panas punggung, bas dah berhenti.....hahahaha...penatlah sape2 yang dressup ari tuh...hahaha....sampai di sana, kami semua diberikan taklimat, seterusnya dibawa ke tempat atau lebih tepat lagi bengkel menghasilkan songket.....kami semua diajar peringkat-peringkat menghasilkan songket. Bermula dari menerai,menganing,menggulung,mengarat,menyapuk,menyongket, dan seterusnya menenun. Teruja melihat para penenun menenun songket. Songket yang dihasilkan ternyata begitu berkualiti. Harga untuk 2 meter kain songket = RM 800++......manakala untuk sepasang pula RM 1800++.........kalau tengok pada harga memang tak sanggup,..tapi kalau tengok pada hasil memang sangat berbaloi kerana material seperti benang dan warna yang digunakan kebanyakannya diimport dari negara luar...(kalau macam ni cek nak kawen ngan taukeh kilang songket lah....hehehe).....


snap.......snap






snap......snap lagi











sayalah penenun terhebat.....





awek sorang ni pun nak jugak......




motif flora untuk 'girl'




model x bertauliah







beg songket untuk mak tersayang......
after less = RM 160
(sapa2 yang berminat nak suruh saya belikan pun boleh.......)






p/s: credit to Mdm Nani Hartina for arrange this 'outing'....best...

Saturday, August 13, 2011

jom relax......


assigngment...assignment...assignment...


bila assignment makin membukit......


stress pun makin la bertambah......


kepala rasa nak berpusing.....





kalau boleh rasa nak tidor jerrr.....

nak lupakan segala assignment......




tapi tak boleh.....

mak pesan jangan tidor banyak......

kalau tidor banyak

nanti gemuk.....





bila dah gemuk.........

kena exercise.......










asignment.......oh assignment.....

bila akan berakhir?????





mak pesan.........

kita kena selalu senyum......



walaupun assignment banyak......

walaupun masalah banyak......

tapi yang penting jangan banyak tidor.....




senyum untuk mengekalkan awet muda......




heheheh.......

yang penting......

jangan anggap assignment tu masalah...

tapi.....

anggaplah assignment tu sebagai satu jabatan kejayaan....

practice make u perfect!!!!!







p/s: assignment manyak.........


Monday, July 18, 2011

S.U.B.U.H......................





..........subuh yang hening.......
.........ku titipkan sepenuh rasa.....
........datang dari jiwa.....
..........yang selalu mencari........
.........dan terus mencari......
............redhaMu yang satu.........






alhamdulillah......pagi yang indah...aku masih diberi peluang untuk terus menjalani hidup dimuka bumi Allah...jam menunjukkan pukul 06:02 pagi, waktu Malaysia (lebih tepat,.....waktu Sik,Kedah...hehe)....mata aku agak berpinar-pinar setelah semalaman tidak tidor......struggle siapkan assignment yang memang pantang kalau tengok aku duduk bersenang-lenang.......rasa cam ada 'fireworks' kat atas kepala.....tapi tu semua tak jadi masalah,..asalkan dah beres 1 daripada 5 assignment yang ada,,,,....fuhhhh.....apa yang pasti,...ari yang bakal dan sedang dilalui ini (18.07.11....Isnin) akan dipenuhi dengan aktiviti yang padat.......insyaallah......

p/s: epy belated besday,,Kak Noyah..(17 of July)......:)
       saya suka perasan comel,..dan memang kenyataannya saya memang comel......hahaha

Saturday, July 9, 2011

O.M.G.....









Its all had happen..how come it be?i don't ever expect it being like that...ohhh,..gosh...how i want to clear my name?how?how and how?i'm so ashamed with everyone...it is very annoying me..pleaseeeee...i don't want to cry anymore coz i had cry for many many times before this....how????Ya Allah, i beg You...pleasee i need your love,...your help,....your care,....everything...i'm very need it...pleaseee....

Struggle for 4.0 ........

ku turutkan cahaya,
dihadapan berliku,keyakinan didada,
mengiringi langkahku,
jaminan bahagia,iringan doa restu,
di dalam jiwa,
azam yang satu,jalanan yang berduri,
tetap aku gagahi,
biar gunung yang tinggi,pastikan ku daki,
detik-detik kenangan,
segar buat pedoman,sepanjang jalan,
azam nan satu.....

Thursday, June 30, 2011

Jiwa Mesti Besar......

Manusia sekalian...tolonglah jangan lagi sesekali mengungkit tentang perkara itu lagi.Aku seboleh-bolehnya nak lupakan perkara itu. Namun, apakan daya...aku cuma seorang insan yang lemah,yang hanya mampu melihat dengan mata, membisu tanpa kata, dan hanya mampu merintih dan terus merintih didalam hati kecil. Tolonglah fahami aku,..aku dah tak sanggup lagi dibayangi oleh kesalahan itu. Kalau boleh nak terus lupakan.Tapi apakan daya...mana mungkin aku lupakan detik itu. Aku tak mampu lupakan kejadian itu. Aku lemah,kerdil.Aku tak boleh nak buang perkara tu macam mana aku renyukkan kertas dan buang kat dalam tong sampah. Janganlah hukum aku hanya kerana kesalahan itu. Tolonglah aku yang tengah berusaha untuk maafkan diri aku sendiri. Sebab aku betul-betul menyesal buat perkara tu.....

Sekadar hiasan


Assalamualaikum....dah lama tak belai-belai blog ni sebab sekarang ni tengah sibuk dengan assignment yang tengah membukit. Mmmmm,...sampai tidur pun masih termimpi-mimpi kan assignment..Adooooiiii. Tapi tu semua tak jadi masalah sebab manalah tahukan...tetiba dapat ilham nak wat design untuk kelas sir Rafizi....untung tu...heheh...apa yang pasti...assignment yang membukit tu tak sesekali mampu mematahkan semangat aku untuk terus berjuang sebagai seorang insan seni...jiwa mesti besar untuk hadapi semua assignment yang kadangkala boleh wat kita jadi trauma....hehe...mmm...bercakap pasal jiwa besar ni...saya nak kongsikan sikit 1 tip untuk berjaya...sebenarnya apa sahaja yang berlaku terhadap diri kita sebenarnya bertitik tolak daripada segala tindakan kita. Kita semua sedia maklum bahawa masalah itu merupakan rencah kehidupan manusia. Sebenarnya daripada setiap masalah itulah yang membuatkan kita terus matang. Tetapi ingin saya ingatkan disini bahawa orang yang berjaya tidak pernah menganggap masalah itu sebagai masalah. Tetapi menganggap masalah itu sebagai dugaan atau rintangan yang menjadi pendorong kepada mereka agar lebih berjaya. Sebagai contoh, 'benih yang baik akan menjadi pulau'...benih yang baik merujuk kepada buah kelapa yang gugur lalu dihanyutkan ke tengah lautan yang luas. Sebelum ia tumbuh menjadi pokok kelapa yang dewasa dan seterusnya wujud pulau atau penempatan di sekelilingnya, ia menghadapi pelbagai rintangan. Terpaksa meredah lautan yang penuh bergelora, ombak yang ganas menghempas, dan pelbagai lagi. Tetapi cuba juga kita renungkan di langit....(terutama kalau kat ganu)...renunglah layang-layang atau wau yang bebas di angkasa yang membiru..bukankah indah pandangan itu? cuba bayangkan betapa tabahnya layang-layang tersebut menghadapi angin yang kencang...tetapi cuba selidiki lagi...makin angin kencang,makin tinggi layang-layang tersebut berada di angkasa...cuba kita ambil dan terapkan ke dalam diri kita kedua-dua contoh tersebut..belajarlah daripada buah kelapa dan layang-layang yang bijak mengambil peluang terhadap rintangan atau dugaan yang mendatang pada mereka..itulah yang dipanggil jiwa besar..sebenarnya apabila kita mempunyai jiwa yang besar, secara tidak langsung kita akan fokuskan fikiran kita pada perkara yang penting dan besar sahaja. Contohnya, sebagai student universiti, antara perkara yang paling penting ialah mendapatkan Anugerah Dekan (sebagai contoh)...justeru, fikiran kita hanya akan memikirkan tentang strategi atau jalan bagaimana untuk mendapatkan anugerah tersebut. Di samping itu kita juga tidak akan berfikir perkara atau masalah remeh-temeh yang hanya akan membantu kita untuk menempuh kegagalan dalam setiap perkara yang kita lakukan. Mempunyai jiwa yang besar juga membuatkan kita susah untuk terpengaruh atau termakan dengan kritikan daripada orang sekeliling mengenai diri kita. Tetapi saya tidak bermaksud kita tidak boleh menerima nasihat daripada orang lain. Bersyukurlah kepada orang yang sudi memberikan nasihat kepada kita. Tetapi janganlah pula mudah terpengaruh dengan orang yang cuba menggagalkan kita. Sebenarnya apa yang saya maksudkan adalah apabila mempunyai jiwa yang besar, kita tidak akan mudah tersentak dengan ejekan atau kata-kata sinis daripada orang sekeliling yang sebenarnya cemburu dengan pencapaian kita..apa yang pasti segalanya terletak pada diri kita..kita yang menentukannya...Allah berfirman...: Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka mengubahnya sendiri...tetapkan matlamat, bukalah fikiran seluas-luas alam, besarkan jiwa....insyaallah pasti berjaya....amiin....

Thursday, June 23, 2011

Anugerah Allah....belajarlah memaafkan diri sendiri

Alhamdulillah...kalau anda semua masih ingat,dalam episod yang lepas,saya ada menulis sesuatu dan mengharapkan satu keajaiban akan berlaku terhadap diri saya.Alhamdulillah juga sekali lagi kerana Allah masih mendengar rintihan hambaNya apabila menemukan saya dengan seorang insan yang mulia....Alhamdulillah....insan mulia yang mampu membuatkan diri saya tersenyum kembali.Ketika bertemu dengan insan tersebut terluah segala yang terbuku didalam hati saya.Saya bersyukur kerana masih ada insan yang sudi mendengar masalah saya..moga Allah merahmati insan tersebut...amiin...


Setiap manusia di muka bumi ini tidak terlepas daripada ujian dan dugaan oleh Allah Taala. Kita juga sebenarnya adalah apa yang kita pilih kerana memang fitrahnya setiap menusia diberi pilihan atas sesuatu, kecuali jodoh,rezeki,ajal maut dan juga siapa ibu bapa kita.  Justeru, sebagai hamba Allah, kita seharusnya membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam membuat keputusan sama ada akan lakukan atau tidak. Menerima atau menolak. Mengiakan atau menidakkan. Tetapi sebagai hamba Allah,setiap pilihan yang dilakukan haruslah berteraskan redha Allah. Tanyalah pada diri sendiri samada sesuatu yang kita pilih itu bertentangan atau tidak. Maksiat, dosa atau pahala?..semuanya bergantung pada akal fikiran kita. Tetapi jikalau ditakdirkan kita tersilap membuat pilihan atau pertimbangan, janganlah terlalu emosi dalam menghadapinya. Sebaliknya, hadapi ia dengan hati dan minda yang terbuka. Manusia secara fitrahnya tidak pernah lari dari membuat kesilapan. Bak kata pepatah, bumi mana tak ditimpa hujan..justeru, apakah tindakan kita dalam menghadapi situasi ini?anggaplah ia sebagai dugaan dan sentiasalah percaya bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. Positifkanlah fikiran kita terhadap apa jua situasi yang berlaku kerana itu sedikit sebanyak dapat memujuk hati kita agar menerima sesuatu dengan redha. Apa yang pasti, sebagai hamba Allah, kita haruslah kembali padaNya,..sentiasalah menadah tangan berdoa dan mengharapkan belas kasihan dariNya dan yakin pada diri bahawa dugaan yang datang melanda adalah tanda Allah sayang pada kita, anggap juga ia sebagai peringatan dariNya agar kita tidak menyimpang jauh dari landasan yang sebenar. Apa yang penting, dalaman kita haruslah kuat. Pertama, haruslah memaafkan diri sendiri. Jangan menghukum diri kita terhadap sesuatu yang berlaku. Kemudian, barulah belajarlah memaafkan dan melupakan kesalahan orang lain. Tetapi, apa yang sering berlaku hari ini, memaafkan itu mudah tetapi melupakan itu mungkin sukar. Itu juga akan menyebabkan hati kita tidak tenteram. Sedangkan nabi memaafkan umatnya, inikan pula kita yang hanya insan biasa. Kedua, sekiranya kita melakukan kesalahan, segeralah bertaubat dan menganggapnya sebagai iktibar. Tanamkan azam dalam diri bahawa kita tidak akan sesekali mengulanginya lagi. Ketiga, mulakan hari yang baru dengan azam dan semangat yang baru. Sentiasalah perbaharui niat kita. Niat itu penting untuk kita melaksanakan sesuatu. Jangan terlalu mudah mempercayai seseorang dan pedulikan segala kritikan yang boleh menjatuhkan kita. Fikirlah tentang masa depan diri sendiri. Kerana perlu diingat bahawa tak semua orang suka melihat kita berjaya, senang dan gembira. Ramai orang lebih suka melihat kita gagal. Berdampinglah atau minta nasihat daripada orang yang dipercayai seperti ibu bapa atau keluarga terdekat.

p/s: semoga dapat manfaat bersama...