Tuesday, November 29, 2011

Tahun Baru Azam Baru




Alhamdulillah..masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru Maal Hijrah 1433H. Ada satu perubahan baru pada diri saya apabila masuk tahun baru kali ni. Rasa lain macam ja. Sekarang dah kurang dah buat perkara-perkara yang sia-sia. Dah tak fanatik sangat dah dengan KPOP. Masih dengar lagu-lagu k-pop,tapi semakin kurang. Sekarang kalau dengar lagu pun just buka radio Ikim dan pasang lagu nasyid. Pelik juga bila berubah macam ni. Tapi Alhamdulillah...diri rasa lebih tenang. Status kat facebook pon dah semakin bertukar ke arah lebih 'islamic'. Tak macam dulu,status ntah apa-apa...kadang-kadang bila pikir balik rasa macam status yang ntah apa-apa tu boleh buat orang anggap kita tak 'educated'. Kat 'twitter' pon just follow orang yang boleh bagi nasihat ja macam drMuhaya dan Wardina Safiyyah. Mungkin berkat Awal Muharram. Semalam sempat buat 10 tajdid sempena Awal Muharram. Harap-harap tercapai la..


10 TAJDID

1. nak jadi mukmin yang lebih baik

2. nak jadi anak yang taat dan solehah

3. nak tingkatkan CGPA dan GPA

4. nak lebih ramah dan mesra dengan orang lain

5. nak lebih rajin dan komited dengan assignment

6. nak bangun subuh lebih awal

7. tak nak buruk sangka dengan orang lain

8. tak nak langgar peraturan kolej lagi

9. nak tingkatkan kualiti artwork untuk involve dalam exhibition 2012

10. extend for LOVE!!!!



ameeeeennnnn......




p/s: Samy Yusuf...u are my hero...



Saturday, November 26, 2011

Welcome Back!!!

waaaa...banyaknya sawang.dah lama tak update.bukan apa, just tak sempat.sibuk sangat.Alhamdulillah, sekarang dah masuk semester yang ke-4.so, means ada 1 semester ja lagi.lepas tu sambung degree.ralat jugak sebab tak apply untuk program penerapan ke degree.sebab ramai kawan terutamanya kawan baik dapat tawaran sambung degree. tapi bila pikir balik, sayang pulak nak tinggalkan terengganu ni.he3.mengada.tapi just ikut cakap mak dan ayah.mak dan ayah cakap tak payah gopoh-gopoh sangat.selesaikan satu persatu.so,itu yang terbaik.dan bermulanya semester ni, azam terbesar dan yang terpenting ialah nak struggle dapatkan 4.00 dan try dapatkan anugerah rektor masa anugerah MAKA nanti.
satu lagi plan nak masuk Piala Seri Iman @ Endon.tu pun kalau ada rezeki.dan sekarangni tengah sibuk siapkan artwork untuk masuk exhibition tahun 2012.harap-harap sempat dan semuanya berjalan lancar.amiin.


p/s: congrates to both of my best friend ( Chimie and Faizi ) coz dapat tawaran ke degree..jelez tau.

salam sayang,..
Nadiah Che Mansor