Thursday, June 30, 2011

Jiwa Mesti Besar......

Manusia sekalian...tolonglah jangan lagi sesekali mengungkit tentang perkara itu lagi.Aku seboleh-bolehnya nak lupakan perkara itu. Namun, apakan daya...aku cuma seorang insan yang lemah,yang hanya mampu melihat dengan mata, membisu tanpa kata, dan hanya mampu merintih dan terus merintih didalam hati kecil. Tolonglah fahami aku,..aku dah tak sanggup lagi dibayangi oleh kesalahan itu. Kalau boleh nak terus lupakan.Tapi apakan daya...mana mungkin aku lupakan detik itu. Aku tak mampu lupakan kejadian itu. Aku lemah,kerdil.Aku tak boleh nak buang perkara tu macam mana aku renyukkan kertas dan buang kat dalam tong sampah. Janganlah hukum aku hanya kerana kesalahan itu. Tolonglah aku yang tengah berusaha untuk maafkan diri aku sendiri. Sebab aku betul-betul menyesal buat perkara tu.....

Sekadar hiasan


Assalamualaikum....dah lama tak belai-belai blog ni sebab sekarang ni tengah sibuk dengan assignment yang tengah membukit. Mmmmm,...sampai tidur pun masih termimpi-mimpi kan assignment..Adooooiiii. Tapi tu semua tak jadi masalah sebab manalah tahukan...tetiba dapat ilham nak wat design untuk kelas sir Rafizi....untung tu...heheh...apa yang pasti...assignment yang membukit tu tak sesekali mampu mematahkan semangat aku untuk terus berjuang sebagai seorang insan seni...jiwa mesti besar untuk hadapi semua assignment yang kadangkala boleh wat kita jadi trauma....hehe...mmm...bercakap pasal jiwa besar ni...saya nak kongsikan sikit 1 tip untuk berjaya...sebenarnya apa sahaja yang berlaku terhadap diri kita sebenarnya bertitik tolak daripada segala tindakan kita. Kita semua sedia maklum bahawa masalah itu merupakan rencah kehidupan manusia. Sebenarnya daripada setiap masalah itulah yang membuatkan kita terus matang. Tetapi ingin saya ingatkan disini bahawa orang yang berjaya tidak pernah menganggap masalah itu sebagai masalah. Tetapi menganggap masalah itu sebagai dugaan atau rintangan yang menjadi pendorong kepada mereka agar lebih berjaya. Sebagai contoh, 'benih yang baik akan menjadi pulau'...benih yang baik merujuk kepada buah kelapa yang gugur lalu dihanyutkan ke tengah lautan yang luas. Sebelum ia tumbuh menjadi pokok kelapa yang dewasa dan seterusnya wujud pulau atau penempatan di sekelilingnya, ia menghadapi pelbagai rintangan. Terpaksa meredah lautan yang penuh bergelora, ombak yang ganas menghempas, dan pelbagai lagi. Tetapi cuba juga kita renungkan di langit....(terutama kalau kat ganu)...renunglah layang-layang atau wau yang bebas di angkasa yang membiru..bukankah indah pandangan itu? cuba bayangkan betapa tabahnya layang-layang tersebut menghadapi angin yang kencang...tetapi cuba selidiki lagi...makin angin kencang,makin tinggi layang-layang tersebut berada di angkasa...cuba kita ambil dan terapkan ke dalam diri kita kedua-dua contoh tersebut..belajarlah daripada buah kelapa dan layang-layang yang bijak mengambil peluang terhadap rintangan atau dugaan yang mendatang pada mereka..itulah yang dipanggil jiwa besar..sebenarnya apabila kita mempunyai jiwa yang besar, secara tidak langsung kita akan fokuskan fikiran kita pada perkara yang penting dan besar sahaja. Contohnya, sebagai student universiti, antara perkara yang paling penting ialah mendapatkan Anugerah Dekan (sebagai contoh)...justeru, fikiran kita hanya akan memikirkan tentang strategi atau jalan bagaimana untuk mendapatkan anugerah tersebut. Di samping itu kita juga tidak akan berfikir perkara atau masalah remeh-temeh yang hanya akan membantu kita untuk menempuh kegagalan dalam setiap perkara yang kita lakukan. Mempunyai jiwa yang besar juga membuatkan kita susah untuk terpengaruh atau termakan dengan kritikan daripada orang sekeliling mengenai diri kita. Tetapi saya tidak bermaksud kita tidak boleh menerima nasihat daripada orang lain. Bersyukurlah kepada orang yang sudi memberikan nasihat kepada kita. Tetapi janganlah pula mudah terpengaruh dengan orang yang cuba menggagalkan kita. Sebenarnya apa yang saya maksudkan adalah apabila mempunyai jiwa yang besar, kita tidak akan mudah tersentak dengan ejekan atau kata-kata sinis daripada orang sekeliling yang sebenarnya cemburu dengan pencapaian kita..apa yang pasti segalanya terletak pada diri kita..kita yang menentukannya...Allah berfirman...: Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka mengubahnya sendiri...tetapkan matlamat, bukalah fikiran seluas-luas alam, besarkan jiwa....insyaallah pasti berjaya....amiin....

Thursday, June 23, 2011

Anugerah Allah....belajarlah memaafkan diri sendiri

Alhamdulillah...kalau anda semua masih ingat,dalam episod yang lepas,saya ada menulis sesuatu dan mengharapkan satu keajaiban akan berlaku terhadap diri saya.Alhamdulillah juga sekali lagi kerana Allah masih mendengar rintihan hambaNya apabila menemukan saya dengan seorang insan yang mulia....Alhamdulillah....insan mulia yang mampu membuatkan diri saya tersenyum kembali.Ketika bertemu dengan insan tersebut terluah segala yang terbuku didalam hati saya.Saya bersyukur kerana masih ada insan yang sudi mendengar masalah saya..moga Allah merahmati insan tersebut...amiin...


Setiap manusia di muka bumi ini tidak terlepas daripada ujian dan dugaan oleh Allah Taala. Kita juga sebenarnya adalah apa yang kita pilih kerana memang fitrahnya setiap menusia diberi pilihan atas sesuatu, kecuali jodoh,rezeki,ajal maut dan juga siapa ibu bapa kita.  Justeru, sebagai hamba Allah, kita seharusnya membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam membuat keputusan sama ada akan lakukan atau tidak. Menerima atau menolak. Mengiakan atau menidakkan. Tetapi sebagai hamba Allah,setiap pilihan yang dilakukan haruslah berteraskan redha Allah. Tanyalah pada diri sendiri samada sesuatu yang kita pilih itu bertentangan atau tidak. Maksiat, dosa atau pahala?..semuanya bergantung pada akal fikiran kita. Tetapi jikalau ditakdirkan kita tersilap membuat pilihan atau pertimbangan, janganlah terlalu emosi dalam menghadapinya. Sebaliknya, hadapi ia dengan hati dan minda yang terbuka. Manusia secara fitrahnya tidak pernah lari dari membuat kesilapan. Bak kata pepatah, bumi mana tak ditimpa hujan..justeru, apakah tindakan kita dalam menghadapi situasi ini?anggaplah ia sebagai dugaan dan sentiasalah percaya bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. Positifkanlah fikiran kita terhadap apa jua situasi yang berlaku kerana itu sedikit sebanyak dapat memujuk hati kita agar menerima sesuatu dengan redha. Apa yang pasti, sebagai hamba Allah, kita haruslah kembali padaNya,..sentiasalah menadah tangan berdoa dan mengharapkan belas kasihan dariNya dan yakin pada diri bahawa dugaan yang datang melanda adalah tanda Allah sayang pada kita, anggap juga ia sebagai peringatan dariNya agar kita tidak menyimpang jauh dari landasan yang sebenar. Apa yang penting, dalaman kita haruslah kuat. Pertama, haruslah memaafkan diri sendiri. Jangan menghukum diri kita terhadap sesuatu yang berlaku. Kemudian, barulah belajarlah memaafkan dan melupakan kesalahan orang lain. Tetapi, apa yang sering berlaku hari ini, memaafkan itu mudah tetapi melupakan itu mungkin sukar. Itu juga akan menyebabkan hati kita tidak tenteram. Sedangkan nabi memaafkan umatnya, inikan pula kita yang hanya insan biasa. Kedua, sekiranya kita melakukan kesalahan, segeralah bertaubat dan menganggapnya sebagai iktibar. Tanamkan azam dalam diri bahawa kita tidak akan sesekali mengulanginya lagi. Ketiga, mulakan hari yang baru dengan azam dan semangat yang baru. Sentiasalah perbaharui niat kita. Niat itu penting untuk kita melaksanakan sesuatu. Jangan terlalu mudah mempercayai seseorang dan pedulikan segala kritikan yang boleh menjatuhkan kita. Fikirlah tentang masa depan diri sendiri. Kerana perlu diingat bahawa tak semua orang suka melihat kita berjaya, senang dan gembira. Ramai orang lebih suka melihat kita gagal. Berdampinglah atau minta nasihat daripada orang yang dipercayai seperti ibu bapa atau keluarga terdekat.

p/s: semoga dapat manfaat bersama...

Monday, June 20, 2011

Mencari Ketenangan Jiwa

Alhamdulillah...hanya itu ungkapan yang mampu aku berikan,tanda kesyukuran kehadrat Ilahi kerana masih memberi peluang untuk aku menikmati manisnya dapat bersujud dan berdoa padaNya disepertiga malam ini.Dan Alhamdulillaah juga kerana tatkala itu jiwa menjadi tenang.Benarlah kata orang, harta yang melimpah ruah belum tentu dapat membeli ketenangan jiwa.Rakan sebilik sudah nyenyak tidur dan barangkali sedang bermimpi.Aku pula masih segar menatap laptop dan meng'update' blog ini.  Catatan yang sememangnya lahir dari jiwa kecil yang memendam seinfiniti rasa dan rahsia. Aku maafkan apa jua kesalahan yang telah orang lain lakukan terhadapku dan kalau boleh nak mulakan kehidupan yang baru. Aku mengharapkan esok akan berlaku suatu keajaiban terhadap diri aku.Aku berharap hari esok akan aku hadapi dengan lebih bersemangat dan teruja. Apa yang pasti....'yesterday is a history,today is a gift and tomorrow is mystery..'...you can...go on...tomorrow never die.........

p/s: la tahzan innallah ha maa'naa........amiin                                                 


 Isnin,20/6/11,04:24am

Sunday, June 19, 2011

Speacial for my future husband...;)...i luv u....

BERCERITA TENTANG JODOH…


Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.
Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.
Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.
“Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya,” kata seorang abang yang sangat saya hormati.
“Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?”
“Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya,” jawabnya pendek.
“Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?” gurau saya.
“Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain…”

Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.
“Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi,” jelasnya dengan tenang.
“Habis mengapa putus?”
“Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta.”
Wah, ini kisah cinta yang  dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.

Isteri Amanah
“Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?” kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.
“Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta.”
“Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?”
“Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa.”
“Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?”
“Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya.”
Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, “Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga.”
Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.
“Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi…”
Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, “Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua.”


Cantik Itu Relatif dan Subjektif
“Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er… er… kita masih manusia bukan?” saya menduga hatinya.
Dia ketawa tiba-tiba.
“Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya.”
“Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?”
“Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?”
“Bukan yang cantik?” jolok saya lagi.
“Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya,” balasnya dengan yakin.
“Maksud abang?”
Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.
“Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual.”
Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, “Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami.”
“Oh, betul juga tu!” kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, “Sedap di mata tetapi sakit di hati…”

Wasilah Memilih Jodoh
“Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?” ujar saya dengan soalan nakal.
“Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja.”
“Maksudnya yang dulu lebih cantik?”
“Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?”
Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.
“Apa kaitannya dengan hati?” layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.
“Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!”
‘Ah, tentu dia bahagia kini!’ bisik hati saya sendiri.
“Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?”
“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”

Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik
“Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik.”
“Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik.”
“Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum.”
Abang tersenyum lantas berkata, “Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?”
Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.
“Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!”
Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.
“Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?”
“Kerana mereka bukan orang baik,” jawabnya pendek.
“Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?”
“Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w.”
“Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?”
“Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?”
Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.

Jodoh Urusan Allah
“Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat.”
“Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?” tanya saya inginkan penjelasan muktamad.
“Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan ‘orang baik’ lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!”
Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!
“Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.”
“Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?”
“Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi.”
“Hikmah untuk kita?”
“Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya  pasangan kita bermasalah… bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah.”
Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak “abang bayangan” saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?
Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: “Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”

P/S
Nota hati: Pulang dari Kelantan hujung minggu lalu dengan badan yang sarat dengan keletihan. Namun hati dan fikiran sarat dengan iktibar dan pengajaran.
Berlegar di sekitar kuliah Hari Jumaat di bandar KB, mendengar. merasa dan melihat. Yang indah, bukan tanahnya, tetapi manusia yang menegakkan hukum Allah di atasnya.
Mungkin sesuatu yang kelihatan sederhana pada pandangan mata, tetapi sangat cantik bila dipandang dengan mata hati. Begitulah rasa hati… semoga kita semua kembali kepada Ilahi, kerana di sana ada keindahan yang hakiki dan abadi.
Berfikir tentang jodoh anak-anak, adalah satu cabaran yang dipenuhi pelbagai misteri. Ia sukar ditebak dan diduga. Namun, pesan saya cuma satu… untuk anak sendiri dan anak-anak di luar sana, ikutlah syariat, pasti selamat. Islam itu sejahtera. Tidak ada kebahagiaan tanpanya.
Ya, kesalahan dan kesilapan boleh berlaku -  ada ampun, maaf dan taubat di situ. Namun mukmin sebenar tidak akan jatuh dalam lubang yang sama dua kali. Cukup hanya sekali… pertama, kerana kejahilan. Maka belajarlah. Kalau kedua, itu kerana kedegilan. Hubaya-hubaya, kekadang harga yang ditagih untuk ‘membetulkannya’ terlalu pedih dan menyakitkan.
Belajarlah melakukan yang benar dan betul buat pertama kali. Itu yang terbaik. Tetapi jika tidak, cubalah membetulkannya buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Jangan jemu untuk cuba melakukan yang terbaik, kerana kata bijak pandai: Kebaikan itu perlu dimulakan berkali-kali!


artikel oleh: ustaz Pahrol Juoi (blog Genta Rasa)


p/s:kepada bakal suamiku....berpegang teguhlah pada Allah,jadilah muslim yang bertaqwa,kejarlah duniawi,tetapi janganlah pula mengabaikan urusan ukhrawi,kerana dengan itu akan bertambahlah rasa cintaku padamu....

Friday, June 17, 2011

Lan Alqadahi

"Be Happy with your present life.It doesn't mean anything if you're able to be like your idol.What's more important is to be yourself and be grateful with Allah's gifts to you.That's the best way to appreciate life!Yesterday is history,tomorrow is mystery, today is a gift"
sumber: Lan AlQadahi (facebook)..

Lan AlQadahi ni sebenarnya kawan sekolah menengah dulu..dia ni antara insan yg aku hormat dan kagum sampai ari ni..sebenrnya ramai lagi yg aku kagum..kalau boleh aku nak jadi macam dia...insyaallah..

My Subject Matter.....textile gorgeous


Pokok turi atau nama saintifiknya sebagai Sesbania grandiflora berasal dari keluarga Leguminosae.  Tumbuhan ini juga dikenali sebagai Geti di negeri-negeri di bahagian utara seperti di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Ia sejenis sayur kampung yang enak rasanya. Masyarakat desa gemar memakan sayur ini dan biasanya dimasak lemak atau masak manis.
Pokok turi banyak ditemui di kampung-kampung dan tumbuh setinggi lima sehingga 10 meter. Ia mengeluarkan bunga berwarna merah atau putih dan kekacang sepanjang 25-50 sentimeter. Pokok turi bernilai tinggi dari segi perubatan tradisional. Kulit pokoknya ditumbuk halus dan digunakan untuk berkumur bagi merawat penyakit ulser dalam mulut. Kulit pokok turi juga boleh direbus dan airnya diminum untuk mengubati sakit perut dan cirit birit. Ia juga boleh diminum untuk melegakan masalah asid di bahagian perut.


sumber: internet

 
Sekarang ni tga ondaway wat research pasal bunga geti...subjek matter untuk kelas design (kelas sir rafizi)..pening jugak kepala nk cri gambar bunga ni sebab bunga ni x terkenal sangat...tapi klu tgok betul2 bunga ni mmang cantik...terutama yg warna pink/merah....mula2 nk amik bunga kertas wat subjek matter...tapi dsebabkan dh ada org pilih bunga 2...so...trpaksa pilih bunga lain...x apalah kn...lgipun dah pernah wat research dh pasal bunga kertas...x kan bunga yg sama j kan...detail drawing & design bunga geti ni pn hampir 60% siap...tapi sori sebab x boleh nak post kat sini sebab tertinggal usb kat umah....so....nanti klu dah dapat usb baru boleh upload....sebenarnya banyak design & detail drawing yg nak post kat sini...tapi simpan lah dulu sebab problem ngan usb pulak.....satu yg menarik pasal bunga ni adalah...1 kelas terkejut bila aku cakap bunga ni boleh makan...wat masak lemak...aku nampak sir rafizi agak terkejut la bila aku cakap cam2...he3....

Layar Keinsafan

Layar Keinsafan

Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

Wednesday, June 15, 2011

Blogger itu Pendakwah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Blogger itu Pendakwah iluvislam.com + discover the beauty of islam
Sewaktu di SMAP Kajang dahulu, saya diberi peluang untuk melihat bermacam-macam cara yang dipraktikkan dalam berdakwah. Hakikatnya, di sanalah juga saya mengetahui hakikat sebenar apa itu berdakwah. Murabbi-murabbi dan senior-senior di sana secara tidak langsung memberikan aspirasi dan kekuatan kepada mereka yang berusaha mengenal apa itu erti dakwah, apa itu amar maaruf nahi mungkar.
Saya terjun dalam dunia blogging juga merupakan hasil aspirasi daripada senior-senior SMAP Kajang yang menggunakan perantaraan blog untuk menyebarkan kebesaran Ilahi. Tidak jemu menulis dan berkarya, menonjolkan keindahan Islam itu sendiri, sama ada peringatan buat diri sendiri atau orang lain. Sedari itulah, saya mula menyedari bahawa blogger itu pendakwah.
Menulis kerana Allah
Kalau pembaca di sini belum pernah disoal oleh sesiapa soalan ini, biar saya menjadi manusia pertama yang bertanya:
"Apa tujuan utama saudara/ saudari berblog?"
Jawapan yang diberikan mungkin pelbagai, mengikut keadaan dan situasi ketika mula-mula dikurniakan ilham untuk menulis di blog. Mungkin kerana minat menulis dan berkarya, berkongsi, berusaha menjana pendapatan, pengaruh rakan-rakan lain yang rata-ratanya mempunyai blog sendiri dan malah ada yang sekadar suka-suka.
Tetapi, satu perkara yang sepatutnya kita semua sedar, hidup ini keseluruhannya adalah suatu ibadah kepada Allah jika nawaitu itu disandarkan pada-Nya. Begitu juga halnya yang harus terjadi kepada setiap blogger.
"Sahaja aku berblogging kerana Allah Taala"
Atau
"Sahaja aku menulis kerana Allah Taala"
Pengisian yang Berisi
Tidak kira apa jua bentuk pengisian dalam blog kita, sama ada berbentuk Islami, motivasi, peribadi, perkongsian hidup dan pengalaman, perniagaan atau apa sahaja, andai niat kita adalah kerana Allah, Insya-Allah pasti mampu memberi manfaat dan beerti kepada para pembaca. Pasti ada unsur keindahan Islam yang dapat kita ketengahkan kepada para pembaca.
Andai kita menulis soal kehidupan diri kita, selitkan nilai dan pengajaran di sebalik perkara kebaikan atau kesalahan yang pernah kita lakukan, agar para pembaca dapat mengambil iktibar daripada penulisan kita. Bukan berniat berbangga dengan kebaikan, apatah lagi berbangga dengan dosa dan maksiat yang dibuat.
Andai kita meminati bidang fotografi, dan sering berkongsi gambar yang diambil bersama pembaca di blog, itu juga mampu membuat para pembaca berfikir sebentar, bahawa betapa indahnya ciptaan Tuhan. Betapa agungnya Dia yang Mencipta segalanya.
Jika kita menjalankan perniagaan melalui blog, berniagalah dengan cara Islam. Tiada riba dan unsur penindasan. Tiada unsur penipuan dalam perniagaan. Jika menjual pakaian, biarlah menutup aurat. Andai menjual makanan, biarlah halal dan berkhasiat. Insya-Allah, selain keberkatan dalam berniaga, pastinya ada saham kita di akhirat, kerana mungkin ada pembaca atau pelanggan, atau tidak kurang juga pesaing perniagaan kita yang mempraktikkannya dalam perniagaan dan kehidupan mereka.
Islam itu indah, bukan?
"Islah Nafsak wad'u Ghairak."
"Islahkan dirimu dan ajaklah yang lain."
Jadikan kata-kata ini pedoman dalam kita melaksanakan amar maaruf nahi mungkar. Islahkan (perelok) diri kita, dan pada waktu yang sama, berusahalah berdakwah kepada yang lain.
Bukan :
"Islah nafsak, thumma ud'u ghairak"
"Perbaiki dirimu, kemudian(barulah) ajak orang lain."
Jelas bukan, kita semua dituntut berdakwah. Kita sebagai blogger juga mempunyai ruang dan peluang untuk turut sama berdakwah. Cuma, antara mahu atau malu sahaja yang menyuruh atau menghalang kita melakukan tugas mulia ini, atas tiket seorang blogger.
Buang pemikiran:
"Aku bukan ustaz."
"Aku bukan ustazah."
"Aku bukan baik sangat pun."
"Isy, seganlah. Nanti buat salah sikit orang tegur."
Buang, lempar jauh-jauh semua pemikiran sedemikian. Kesempurnaan bukanlah syarat kelayakan dalam berdakwah dan mengajak orang lain menjadi manusia yang baik. Hakikatnya, tidak akan ada manusia yang sempurna peribadinya seperti Rasulullah s.a.w. Jika terus menunggu kesempurnaan, Islam itu tidak akan tersebar ke mana-mana.
Berdakwah bukan bermaksud kita mestilah seorang yang soleh atau solehah, tetapi kita manusia yang mengimpikan peribadi yang soleh dan solehah. Mengimpikan redha Ilahi dalam setiap amalan dan perbuatan. Secara tidak langsung, kita juga akan terhindar daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah. Berblog bukanlah medan kita berdakwah kepada orang lain, tetapi berdakwah kepada diri sendiri dan orang lain.
Blogger itu Pendakwah.
"Blogger itu Jundullah."

Saturday, June 11, 2011

O.M.G.....


video


banyak sangat benda yang nak dkongsikan...tapi lagu ni betul2 mnyentuh hati..antara lagu favurite la...paling suka bila smpai kt lirik dia...(...holding your hand,i won't fear tomorrow...)



p/s: dedicate this song to someone that had taken my heart....

Thursday, June 9, 2011

Hijrah

there's something that i want to for this semester..i think it is important for me to make it be..i dont know how to say..but.there's something that must be change for..a new born of Nadiah Che Mansor...i must...you must nadiah..please make some of changing in yourself...you can do it.thats what i'm always thinking about for 2-3 days ago.....

video
..semester baru...so..aku mesti berubah..kalau boleh x nak lagi selalu marah2..orang cakap nanti cepat tua..kena banyak sabar..yang paling penting ialah aku nak lebih dekatkan diri dengan Allah...apa yang aku sedar sejak keluar dari sekolah menengah setahun yang lalu...banyak benda yang aku tinggalkan...hubungan dengan Allah makin renggang..Alhamdulillah..pelbagai dugaan dan masalah yang melanda awal semester 3 ini membuatkan aku tersentak seketika dan kembali merenung diri aku...dan bertitik tolak daripada masalah yang dihadapi seorang diri, jauh dari keluaraga..membuatkan diri aku dekat dengan Allah..hmm...ada hikmahnya ujian yang Allah berikan...bertitik tolak daripada masalah ini juga membuatkan aku kembali membuat sesuatu yang agak lama aku tinggalkan...baca maksurat...tenang hati bila baca maksurat...first time baca(it force me to tears)...usia yang sudah mencecah 19 tahun..aku kembali terfikir akan perjalanan hidup aku selama ini..tahun depan usia akan berpangkal 2 dhadapan...kadang2 aku terfikir kalaulah aku sentiasa menjadi kanak-kanak..alangkah bahagianya diri ini...x perlu fikir apa-apa...aku resah,risau,keliru dan entah apa perasaan nya bila fikir perkara yang akan dihadapi bila usia kita makin meningkat..menghadapi alam pekerjaan..alam rumah tangga(paling risau)..alam berkeluarga...kalau time kecik2 dulu..x kena fikir apa pon..makan,minum..apa sajalah..suma mak ayah yang sediakan...sampai mandi pon mak masih mandikan...(bahagia hidup)...

p/s:2-3 ari ni asyik jumpak dia j...adoii..hati pula berdegup2...he3

Tuesday, June 7, 2011

Azam Sem 3


(merenung masa hadapan)

                                                              
Sekali lagi aku diberi kesempatan untuk meneruskan perjuangan sebagai insan seni di bumi Terengganu ini.Aku akui sem kali ini dimulai dengan penuh dugaan dan pancaroba.Terdetik dalam kotak hati kecilku ini..kalau permulaan dah penuh masalah..macam mana dengan penghujungnya nanti...ahhhh..berdebar rasa hati setelah memikirkan perkara ini...dan kebetulan pula aku baru sahaja menghadapi satu dugaan yang berat..hhmmm...akhir2 ni mcam2 masalah dan dugaan datang bertubi2...x tau lah aku boleh bertahan atau tidak...dan pernah terdetik dalam hati...."kenapa mesti macam ni??Allah dah tak sayang aku ka???"...astaghfirlahalazim...sampai ke situ la pulak aku fikir...tapi sumpah...aku sendiri dah rasa macam x betul skunk ni...sampai lecturer pun tegur kt dlam kelas..."kenapa??ad masalah ka??nampak x semangat j...."...rasa cam jalan pakai kepala ja....tambah pulak aku yang tercampak kt bumi Ganu ni...homesick lagi...entahla....lagi + stress...masuk arini,dah berapa kali aku nangis....tapi...Alhamdulillah...dengan izin Allah...aku ditakdirkan terjumpak 1 artikel ni kt dlm internet...lepas baca,barulah terubat kelukaan di hati ni....(siyes....that article force me to tears...)...berikut adalah kandungan artikel tersebut...

                                                   Hikmah Ujian Allah
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.
Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!
oleh: Mohd Faizal Zakaria
p/s:sayang chimie...(chimie 2 sapa lak?akan dceritakan dlm episod akn datang).....

Sunday, June 5, 2011

Deary Nadiah....

SEMESTER 3
Sekarang dah masuk sem 3..maksudnya dah genap 1 tahun aku ada kat Ganu nih...satu pencapaian yg boleh dibanggakan...ya ka??.Alhamdulillah..aku dapat hadapi sem 1 dan 2 dengan baik..pointer pn ok..walaupun sem 2 ni pointer trun skit...aduh...sem ni kena struggle nak naik kn pointer...aku harap sem ni akan ditempuhi dengan penuh sabar dan tabah...kalau boleh x nak ulangi lagi kesilapan ketika di sem1 dan 2 dulu...nadiah...usaha..sabar...ada 2 sem ag....cayok..cayok!!!

p/s:sangat rindukan mak dan ayah.....;)