Tuesday, November 29, 2011

Tahun Baru Azam Baru




Alhamdulillah..masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru Maal Hijrah 1433H. Ada satu perubahan baru pada diri saya apabila masuk tahun baru kali ni. Rasa lain macam ja. Sekarang dah kurang dah buat perkara-perkara yang sia-sia. Dah tak fanatik sangat dah dengan KPOP. Masih dengar lagu-lagu k-pop,tapi semakin kurang. Sekarang kalau dengar lagu pun just buka radio Ikim dan pasang lagu nasyid. Pelik juga bila berubah macam ni. Tapi Alhamdulillah...diri rasa lebih tenang. Status kat facebook pon dah semakin bertukar ke arah lebih 'islamic'. Tak macam dulu,status ntah apa-apa...kadang-kadang bila pikir balik rasa macam status yang ntah apa-apa tu boleh buat orang anggap kita tak 'educated'. Kat 'twitter' pon just follow orang yang boleh bagi nasihat ja macam drMuhaya dan Wardina Safiyyah. Mungkin berkat Awal Muharram. Semalam sempat buat 10 tajdid sempena Awal Muharram. Harap-harap tercapai la..


10 TAJDID

1. nak jadi mukmin yang lebih baik

2. nak jadi anak yang taat dan solehah

3. nak tingkatkan CGPA dan GPA

4. nak lebih ramah dan mesra dengan orang lain

5. nak lebih rajin dan komited dengan assignment

6. nak bangun subuh lebih awal

7. tak nak buruk sangka dengan orang lain

8. tak nak langgar peraturan kolej lagi

9. nak tingkatkan kualiti artwork untuk involve dalam exhibition 2012

10. extend for LOVE!!!!



ameeeeennnnn......




p/s: Samy Yusuf...u are my hero...



No comments:

Post a Comment