That day was a fairytale. (cerita lama yang tetap segar)
19 May 2013
Istiadat Konvokesyen UiTM ke-78
Sidang Pertama
Graduan 313*** -nombor bertuah aku (bintang tiga dibelakang maksudnya graduan dengan ANC)
Hari Konvokesyen yang memang dinanti-nanti sejak pertama kali menjejakkan diri ke alam diploma.
Rasa terbalas segala susah payah sepanjang dua tahun setengah. Airmata yang terbuang dihari-hari yang sentiasa menyesakkan jiwa, waktu tidur yang aku korbankan semata-mata untuk siapkan tugasan, projek dan segalanya, wang ringgit yang tak terhitung aku laburkan dan hati yang kadangkala remuk bila mana terpaksa menelan tohmahan dan perli orang sekeliling yang tidak 'sehaluan' dengan 'anak seni'. Semuanya berbaloi. Susah payah yang selama ini aku tanggung, semuanya bagai di angin lalu. terbang sekelip mata. Ya, segulung diploma yang aku idam selama ini dalam genggaman jua.
ANC- Bergraduan dengan 'title' Anugerah Naib Canselor sangat mengujakan. Bergraduan dengan selempang merah jambu yang nyata lebih istimewa dari graduan yang lain. Inilah hadiah istimewa, buat Mak dan Ayah yang setia berikan dorongan, yang selalu kuatkan semangat yang kadangkala hilang. Hadiah istimewa juga buat para pensyarah terutamanya Sir Yus, Puan Nani, dan Puan Ina yang telah mendidik, memberi tunjuk ajar, yang sama-sama korbankan waktu tidur, masa dan segalanya hanya untuk sampaikan ilmu. Hadiah yang istimewa juga buat diri sendiri,- aku yang pernah ambil keputusan untuk berhenti dari diploma dalam jurusan ini tetapi hasrat itu dipatahkan oleh Puan Ina. Terima kasih puan. (kalau tidak, tak merasa aku pakai selempang pink ni)
Amanah - Jubah, mortar board dan selempang 'merah jambu'. Pagi indah 19 Mei, aku sarungkan. Aku lihat dihadapan cermin. Terasa sebak, gembira, puas, sedih. Perasaan berbaur ketika itu. Dalam hati ada sedikit getar. Jubah, mortar board dan selempang merah jambu sarung itu bukanlah sekadar penuhi etika pemakaian untuk graduan. Tetapi disebaliknya ia adalah amanah buat para graduan. Ilmu yang kita tuntut selama ini jadi amanah buat kita.
Amanah yang bagaimana? -aku biar soalan ini tanpa jawapan.
UiTM dihatiku - Tipu kalau aku cakap, sepanjang hari senyuman memang tak lekang dari bibir ni. Siapa yang tak gembira kan. Tapi, saat yang paling sebak buat aku sewaktu nyanyikan lagu UiTM dihatiku dalam dewan. Memang tak dapat tahan masa nyanyi lagu tu. Tak sedar mata dah basah masa tu. Rasanya ramai yang akan rasa macam ni.
Dan kat bawah ni, aku kongsikan beberapa gambar semasa hari kejadian.

* Pipah tengah tolong pasangkan selempang pink
*bersama Pipah dan Yann
* Mak dan Ayah
* my sweet adik's'
* Mun, salah seorang rakan diploma
dan
gambar ni sangat berharga
* bersama 11 daripada 12 orang penerima ANC bagi sidang pertama
lelaki yang hujung sebelah kiri sekali tu namanya Cuki. kawan sekelas aku yang turut mendapat ANC.
(edisi penuh boleh baca di sini http://www.utusan.com.my/utusan/Kampus/20130521/ka_01/Jangan-jadi-kacang-lupakan-kulit )
(edisi penuh boleh baca di sini http://www.utusan.com.my/utusan/Kampus/20130521/ka_01/Jangan-jadi-kacang-lupakan-kulit )
* kenangan ini akan segar selamanya dalam ingatan. Terima kasih, Allah kerana beri peluang untuk aku merasa saat-saat indah ini. Terima kasih.
Nadlee | * kelebihan ilmu yang ada hanya pinjaman dari Dia
Assalamualaikum. Saya pelajar uitm juga. Boleh saya tahu kriteria untuk dapat selempang pink? Yg saya tahu selempang pink ini utk student yg dapat anugerah naib cancelor. ANC ini diberikan kepada student yg dapat result first class every sem ke? Maaf jika ada info yg salah. Saya baru first sem belajar di Uitm..hehehe. tq banyak2 utk respon
ReplyDelete