Bismillah....
aku: Family is the 1st, education is 2nd, but Allah is the most.
dia: Ya, aku setuju.
aku: Kalau kita jatuh hati pada seseorang,kita tak perlu nak beritahu
pada orang tu.
Tapi, cerita dengan Allah. Mengadu dengan Dia.
dia: Betultu.Setuju.
aku : aku takut sebenarnya nak terima seseorang.
dia: kenapa?mesti ada sebab kan?
aku: sebab aku takut bila aku terima seseorang, aku akan jumpa
orang yang lebih baik dari itu.
dia: manusia tu kan tak sempurna.
aku: memang. tapi aku mencari yang terbaik.
dia: nak dengar satu cerita tak?
aku: nak.cerita apa?
dia: seorang murid bertanya pada gurunya.
bagaimana nak mencari yang terbaik?
guru tersebut berkata.
"pergilah ke 1 taman bunga. Kamu jalan terus
dan carilah bunga yang paling cantik.
tetapi dengan syarat,
kamu tak boleh berpatah balik ke belakang semula."
lalu,pergilah murid tersebut ke taman bunga.
di pertengahan jalan,dia terjumpa 1 bunga yang sangat cantik.
tetapi dia tidak mengambil bunga tersebut
dan terus berjalan kerana memikirkan
bahawa terdapat bunga yang lebih cantik di hadapan.
di pertengahan jalan, dia terjumpa bunga.
tetapi bunga tersebut tidak secantik bunga yang dia jumpa tadi.
akhirnya barulah dia sedar bahawa bunga tadi lebih cantik.
tetapi saat itu,dia tidak boleh berpatah balik kebelakang lagi.
Faham tak cerita ni?
aku: Faham sangat...
Dah tu? Apa yang aku nak buat? Terus terima ke?
dia: Berpeganglah dengan kata hati. Mengadu dengan Allah.
Sesungguhnya Dia Maha Mendengar..
aku: Aku rasa aku sudah jatuh hati pada seseorang.
Kadang-kadang rasa macam hati aku sudah terbuka untuk dia.
Entah lah...
dia: Sejauh mana kau fikirkan perkara ini?
aku: Sejauh yang mungkin..
dia: Ok.Aku nak tanya satu soalan.
Kalaulah ya, bersediakah kau untuk berkahwin buat
masa sekarang?Kalau dia ajak kau berkahwin sekarang?
Kau terima tak?
aku: Sekarang? Aku masih di alam pengajian.
Sekurang-kurangnya biarlah habiskan degree dahulu.
dia: Jadi, apa jawapan nya?
aku: Tentulah tidak. Aku belum bersedia.
Family is 1st,and education is 2nd. 3rd is relationship.
dia: Kalau jawapan nya tidak, ini bukan masanya lagi untuk
kau memikirkannya.
aku: Ya, aku sedar dan faham sekarang.
Sekarang adalah masa untuk aku fikirkan mengenai pelajaran.
********