Tuesday, January 24, 2012

Butakah mata hati ini?



Dalam hidup, satu peluang diberikan untuk kita berjumpa dengan orang yang betul-betul menyayangi kita. Sekiranya leka, akan kehilangannya buat selamanya. Kita tak tahu siapa mungkin setelah dia berlalu dan kehilangannya. Kita mula sedar kehadirannya cukup bermakna. Mungkin kita tak berpeluang lagi untuk berjumpa dirinya pada saat itu . Kerana itu kesilapan kita kerana gagal menilai.

kenapa gagal menilai?

Satu persoalan yang mungkin sukar untuk dijawab. Tetapi, biasalah. Sudah namanya manusia. Yang dikatakan manusia itu selalu sahaja tidak lepas dari melakukan kesilapan. walaupun sudah berhati-hati,tetapi tetap tidak dapat lari dari kesilapan. Seperti lumrahnya alam, bumi mana yang tidak ditimpa hujan?dan yang dikatakan manusia itu juga sebenarnya selalu sahaja mudah lupa.

kita juga selalu sahaja merasakan suatu perasaan itu dianggap biasa sahaja. tetapi,apabila sudah tiada lagi, barulah kita akan sedar wujudnya ruang kosong itu.dan saat itu juga barulah mata hati kita celik semula.

kenapa gagal menilai?

Gagal menilai itu yang selalu sahaja kita lakukan. Lalu,saat itu berbicaralah dengan hatimu,hatimu yang kecil.hati kecil yang letaknya jauh dan paling dalam di hatimu. kerana sesungguhnya hati kecil itu tidak pernah menipu dan terlalu jujur.hati yang tahu segala-galanya.

Tak lupa belajarlah untuk menghargai sesuatu itu selagi ia ada disisi.Sayangilah sebuah perkenalan kerana terciptanya kemesraan. Kenanglah sebuah hubungan kerana disitu terciptanya kerinduan. Hargailah kedua-duanya seikhlas hati supaya ianya berkekalan.


No comments:

Post a Comment