Thursday, June 14, 2012

Ayah

ayah : dapat berapa gaji bulan ni?
aku : mmm...400 ja.(sambil mencebik)
ayah: banyak la tuh.campur yang bulan lepas dah 800 dah.nak mencebik apanya lagi?
aku: keja teruk-teruk dapat gaji ciput ja.
ayah: amboi..demand gaji lebih.keja bukan teruk sangat pun.
aku: apa yang tak teruknya.dahla cuti ari Jumaat ja.keja dari pukul 9 pagi sampai pukul 6 petang.
ayah: standardlah kalau cuti sehari ja seminggu.sekurang-kurangnya kerja kat tempat teduh.kalau macam ayah ni, kerja tengah panas lagi.dapat gaji lebih kurang jugak.tengok ni ha (sambil tunjuk tapak tangan dia kat aku) habis kematu tangan.nak salam dengan orang pun segan.kalau salam dengan orang besar lagila malu.takut terguris tangan yang lembut tu.

aku dah terdiam terus bila ayah cakap macam tu.dalam hati dah macam nak meletup ja.tersentak aku bila ayah cakap macam tu.tahan, tahan...jangan nangis.hehe..aku memang macam ni.kalau depan family akulah orang yang paling keras hati.paling susah nak nangis.paling degil.time tu dah rasa nak nangis ja.tapi aku tahan.sampai ayah pun pernah cakap, 'anak ayah yang sorang ni memang keras hati'.time tu memang aku agak terasa bila ayah cakap macam tu.tapi tulah kebenarannya.dah cukup dengan cerita yang dah melencong tuh.sebenarnya nak cerita benda lain tapi lain pulak yang diceritanya.haishhh...

aku ingat lagi masa aku masih sekolah rendah.masa tu gaji ayah baru rm65o.mak pulak baru rm680.kalau dicampur semua tu baru rm1330.kalau ikut jumlah tu boleh dikategorikan sebagai miskin dan layak menerima bantuan.tapi sepanjang aku bersekolah dari darjah 1 sampai tingkatan 5, satu habuk biasiswa pun aku tak pernah terima dengan alasan mak ayah ada slip gaji.kecuali biasiswa dari Yayasan Sultanah Bahiyah (rm30 sebulan).tu pun sebab aku dapat 5A UPSR.alhamdulillah..sedikit sebanyak memang membantu aku.tapi Allah tu maha adil.walaupun gaji yang ciput tu, ayah dan mak berjaya besarkan kami tiga adik-beradik dengan baik.walaupun bukan dengan cara yang mewah,tapi alhamdulillah,..

aku ingat lagi, masa tu aku baru darjah satu.kenderaan utama kami sekeluarga masa tu ialah sebuah motosikal yang memang dah 'semput'.masa tu kalau nak naik kereta tu hanyalah angan-angan mat jenin ja.dan bila hujan,ayah akan letak aku kat depan (dekat dengan bakul motosikal) dan ayah akan pakai baju hujan.dan ayah akan tutup (selubung) aku dengan baju hujan tu.dengan suasana yang gelap gelita kat dalam baju hujan tu,ayah hantar aku ke sekolah(aku just dengar enjin motor tu ja,tup-tup dah sampai sekolah.hehe).bila ingat semua tu,memang timbul satu rasa kat dalam hati ni,tapi kadang-kadang aku just tersengih ja.sebab kelakar bila ingat zaman budak-budak dulu.

#dah tak larat nak tulis dah.nanti sambung lagi.stay tune...

No comments:

Post a Comment