Monday, July 23, 2012

Antara Couple, Mencari atau Menunggu?






Bila sebut tentang jodoh, ramai remaja,belia mahupun yang baru sekolah rendah seronok. Fitrah manusia yang ingin disayangi dan menyayangi antara kita. Tak normal kalau manusia tu tak pernah rasa ingin menyayangi orang lain atau nak disayangi.

Tapi dalam mencari jodoh sebenar, kadang-kadang kita tersalah jalan. Ada yang ambil jalan mudah dengan meletakkan jodoh sebagai matlamat hidup sehingga lupa tugas sebenar manusia diciptakan atas muka bumi ni.

“ Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah (mengesakan ibadahnya) kepada-Ku” (Adz Dzariat:56)

Ya,couple memang indah.Indah di awal waktu,tapi pahit jika pengakhirannya tak disambut dengan ijab kabul. Jangan nafikan! Hanya mereka yang alami tahu hakikat ini.

Kita mungkin kata "Aah, aku couple tapi tak pernah sentuh dirinya hatta tangannya malah aku sering jaga solat walaupun kami keluar bersama". Tapi itu sebenarnya kosmetik! Dalam diam kita mampu jadi sebaik-baik umat di depan pasangan kita, tapi hakikatnya hipokrit ja semua tu.

Ada yang kata si dia malu-malu depan aku dan bukankah malu tu perisai orang beriman.

Sesungguhnya malu dan iman selalu beriringan, apabila salah satu di antaranya diangkat (dihilangkan) maka yang lainnya pun akan diangkat pula. (Riwayat Imam Hakim melalui Ibnu Umar R.A.)


Tapi dalam malu itulah,kita rasa mahu. Mahu bermanja-manja,sehinggakan dalam malu itu pun kita tersilap meluahkan rasa sayang yang sepatutnya disimpan untuk pasangan yang halal. Erti kata mudah, tak payahlah bercouple,usung sana-sini sebab hakikatnya kita hanya hipokrit bila berdepan (dating).

MENCARI ATAU MENUNGGU

Kalau tak boleh bercouple, macam mana nak cari pasangan? Nak tunggu rezeki turun dari langit baru nak cari? Bukankah usaha tu perlu gak?

Berdasarkan pengalaman peribadi, couple sebenarnya banyak bagi kesan negatif apabila putus. Ya, itu realiti. Setelah banyak benda kita korbankan,banyak perkara kita luahkan dan banyak benda kita rancang atau harapkan, tiba-tiba putus hatta tanpa sebab yang kuat. Siapa mampu lawan keputusan yang DIA bagi untuk kita?

Tak dinafikan kita akan rasa sayangkan seseorang. Jangan tolak fitrah manusia tu.

Perlukah mencari atau menunggu? Pandangan peribadi, mencarilah dari menunggu. Dalam mencari,cubalah 'menjadi'. Maksudnya, dalam mencari sesuatu yang baik, berusaha untuk menjadi yang baik. Dan mencarilah bila kita bersedia. Kalau tak sedia, simpan je perasaan tu sampai kita betul-betul sedia. Tak luah perasaan pada orang kita sayang hakikatnya takkan kecewakan kalau tiba-tiba orang kita suka jadi milik orang lain.

Bila kita sedia? Tanyalah diri kita. Perkahwinan bukan 'keseronokan' saja, tapi disusuli tanggungjawab. Dan kaum Adam sebagai ketua, akan tanggung tanggungjawab lebih berat sebagai pemimpin. Apa guna kahwin untuk 'seronok' tapi rukun Islam 5 perkara masih tak cerdik? Apa guna idamkan seorang 'ustazah pilihan' atau nak jadi 'pilihan ustazah' kalau perangai seperti juara 'Raja Lawak' dan 'Akademi Fantasia'.

Buat si Hawa pula, perkara pertama kena fikirkan ialah adakah kalian sanggup serahkan jiwa anda untuk seorang lelaki yang hebat ilmu dunia tapi jahil akhirat. Ya, memang susah untuk anda jadi 'ustazah pilihan' tapi tak salah anda terus kejar jadi yang terbaik dari aspek agama dan dunia.

Simpanlah rasa cinta anda. Jangan ulangi silap lalu. Jika bersedia, jagalah batas agama sehingga jadi yang halal buatnya. Dan jangan mencari 'ustaz' atau 'ustazah' baru anda terima pinangannya. Hidup saling lengkap-melengkapi.

"Apabila datang meminang kepada kamu orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka hendaklah kamu kahwini akan dia, jika kamu tidak melakukannya nescaya akan berlaku fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang besar" (Riwayat al-Tarmizi)


Simpan lebih baik dari luahkan andai diri masih belum mampu. Yang halal tetap indah kerana dengannya anda akan jatuh bangun bersama.


sumber:http://studiokini.blogspot.com

p/s: today is my birthday.happy 3rd of Ramadhan kareem..




Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Kareem



Alhamdulillah


~marhaban ya Ramadhan kareem~

Ramadhan kareem coming again. As before Ramadhan,  we actually always pray like this right?

"Allahhumma ballighna Ramadhan"

and now, Ramadhan coming again.i'm very happy and gratefull coz Allah still give me another chances to meet Ramadhan.

important thing to remember.all pahala will be double in Ramadhan.



p/s: waiting for my birthday on 3rd of Ramadhan.how excited am i..no backbitting,ok?hehe...







Tuesday, July 17, 2012

Pameran Terbuka 2012


tiada apa yang paling menggembirakan bagi seorang anak seni melainkan setiap karya yang dihasilkan dihargai dan diterima oleh masyarakat.tidak mengharapkan pujian, tetapi cukuplah sekadar meluangkan masa dan memahami apa yang ingin disampaikan menerusi karya tersebut.setiap karya yang dihasilkan sebenarnya punya kisah tersendiri yang tersirat dan tersurat.

.______________________________________________________.

hari ini tidak ada apa yang menarik sangat untuk dikongsikan.cuma satu berita yang sangat tidak disangka-sangka.Setelah dua bulan menunggu khabar berita, akhirnya...

"lukisan anda terpilih untuk menyertai pameran terbuka 2012"

___alhamdulillah___ 



sangat teruja bila tengok poster ni.(nampak tak KUANG ada kat dalam poster ni?)



ni pulak lecturer kesayangan (sir Yus).awal-awal lagi dia dengan sir Fizi pergi ke galeri ni.terharu pulak rasa bila pensyarah sanggup luangkan masa untuk tengok lukisan yang tak seberapa ni.sir yus siap tag gambar dekat facebook lagi.terharunyerr.(terima kasih,sir.)hehe..


p/s:ini adalah kali ke-2 artwork dipamerkan di sini selepas Textile Exhibition 2011.tapi still macam dulu jugak,tuan punya artwork ni tak sampai-sampai jugak kat sana...huhu                                              





Sunday, July 15, 2012

Ustaz Don Daniyal




* aduuh,sweeett la ustaz don ni.
= sweeet???x berkenan langsung aku.
* errr..nak yang macam mana lagi?dah abih sempurna dah aku ghasa.
= tak berkenan la.apa benda pakai-pakai celak nieyh.
* errr...(terdiam serta-merta).   >.<'


p/s: jangan dilihat pada luaran,tapi lihatlah dengan mata hati yang sebenar.lihat apa kelebihan yang dia ada.pakai celak tuh seribu kali baik daripada bertindik telinga,merokok tau.






Friday, July 13, 2012



"kadang-kadang kita rasa dialah milik kita untuk selamanya,sedangkan kita tidak tahu Allah ada rancangan yang lebih baik untuk kita.sebagai hamba, tugas kita hanyalah menerima ketentuanNya,tanpa perlu merungut."



* ~heartbreakss~

it is difficult to act cool when we actually not.it refer to myself.how can we act very cool and steady when we having a very difficult time?"come on lah, don't be over think about it.forget the past is better lah."(many people said like that to me)yes, giving an opinion is very easy.you just talk and talk.bla.bla.and bla.but, i'm the one who suffer that lah.sigh!!

Tuesday, July 3, 2012

Giant Printing Table


There under the very shady tree (shady??) was Mun, Hikmah, Syaza and me.And also in front of us was Cuki, Anis and Syasha. This picture was taken yesterday  in our class at 12.30 am maybe. Actually our 'bengkel class'. We need to clean up that giant printing table. Can you imagine doing that kind of work under the very shiny sun?And thats why four of us (especially Syaza and I ) being stuck under the tiny tree. Ouchh!!the hottest sun will burn our skin.Hehe..but it was enjoy class for us..

p/s: there another one giant printing table that need to be clean.sigh!