Monday, July 23, 2012

Antara Couple, Mencari atau Menunggu?






Bila sebut tentang jodoh, ramai remaja,belia mahupun yang baru sekolah rendah seronok. Fitrah manusia yang ingin disayangi dan menyayangi antara kita. Tak normal kalau manusia tu tak pernah rasa ingin menyayangi orang lain atau nak disayangi.

Tapi dalam mencari jodoh sebenar, kadang-kadang kita tersalah jalan. Ada yang ambil jalan mudah dengan meletakkan jodoh sebagai matlamat hidup sehingga lupa tugas sebenar manusia diciptakan atas muka bumi ni.

“ Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah (mengesakan ibadahnya) kepada-Ku” (Adz Dzariat:56)

Ya,couple memang indah.Indah di awal waktu,tapi pahit jika pengakhirannya tak disambut dengan ijab kabul. Jangan nafikan! Hanya mereka yang alami tahu hakikat ini.

Kita mungkin kata "Aah, aku couple tapi tak pernah sentuh dirinya hatta tangannya malah aku sering jaga solat walaupun kami keluar bersama". Tapi itu sebenarnya kosmetik! Dalam diam kita mampu jadi sebaik-baik umat di depan pasangan kita, tapi hakikatnya hipokrit ja semua tu.

Ada yang kata si dia malu-malu depan aku dan bukankah malu tu perisai orang beriman.

Sesungguhnya malu dan iman selalu beriringan, apabila salah satu di antaranya diangkat (dihilangkan) maka yang lainnya pun akan diangkat pula. (Riwayat Imam Hakim melalui Ibnu Umar R.A.)


Tapi dalam malu itulah,kita rasa mahu. Mahu bermanja-manja,sehinggakan dalam malu itu pun kita tersilap meluahkan rasa sayang yang sepatutnya disimpan untuk pasangan yang halal. Erti kata mudah, tak payahlah bercouple,usung sana-sini sebab hakikatnya kita hanya hipokrit bila berdepan (dating).

MENCARI ATAU MENUNGGU

Kalau tak boleh bercouple, macam mana nak cari pasangan? Nak tunggu rezeki turun dari langit baru nak cari? Bukankah usaha tu perlu gak?

Berdasarkan pengalaman peribadi, couple sebenarnya banyak bagi kesan negatif apabila putus. Ya, itu realiti. Setelah banyak benda kita korbankan,banyak perkara kita luahkan dan banyak benda kita rancang atau harapkan, tiba-tiba putus hatta tanpa sebab yang kuat. Siapa mampu lawan keputusan yang DIA bagi untuk kita?

Tak dinafikan kita akan rasa sayangkan seseorang. Jangan tolak fitrah manusia tu.

Perlukah mencari atau menunggu? Pandangan peribadi, mencarilah dari menunggu. Dalam mencari,cubalah 'menjadi'. Maksudnya, dalam mencari sesuatu yang baik, berusaha untuk menjadi yang baik. Dan mencarilah bila kita bersedia. Kalau tak sedia, simpan je perasaan tu sampai kita betul-betul sedia. Tak luah perasaan pada orang kita sayang hakikatnya takkan kecewakan kalau tiba-tiba orang kita suka jadi milik orang lain.

Bila kita sedia? Tanyalah diri kita. Perkahwinan bukan 'keseronokan' saja, tapi disusuli tanggungjawab. Dan kaum Adam sebagai ketua, akan tanggung tanggungjawab lebih berat sebagai pemimpin. Apa guna kahwin untuk 'seronok' tapi rukun Islam 5 perkara masih tak cerdik? Apa guna idamkan seorang 'ustazah pilihan' atau nak jadi 'pilihan ustazah' kalau perangai seperti juara 'Raja Lawak' dan 'Akademi Fantasia'.

Buat si Hawa pula, perkara pertama kena fikirkan ialah adakah kalian sanggup serahkan jiwa anda untuk seorang lelaki yang hebat ilmu dunia tapi jahil akhirat. Ya, memang susah untuk anda jadi 'ustazah pilihan' tapi tak salah anda terus kejar jadi yang terbaik dari aspek agama dan dunia.

Simpanlah rasa cinta anda. Jangan ulangi silap lalu. Jika bersedia, jagalah batas agama sehingga jadi yang halal buatnya. Dan jangan mencari 'ustaz' atau 'ustazah' baru anda terima pinangannya. Hidup saling lengkap-melengkapi.

"Apabila datang meminang kepada kamu orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka hendaklah kamu kahwini akan dia, jika kamu tidak melakukannya nescaya akan berlaku fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang besar" (Riwayat al-Tarmizi)


Simpan lebih baik dari luahkan andai diri masih belum mampu. Yang halal tetap indah kerana dengannya anda akan jatuh bangun bersama.


sumber:http://studiokini.blogspot.com

p/s: today is my birthday.happy 3rd of Ramadhan kareem..




2 comments: