Thursday, January 31, 2013

call me teacher...maybe


Rutin harian sebagai penganggur terus berubah bila dah bergelar guru ni.Bangun seawal 5.30 pagi.Pukul 7.30 pagi mesti dah ada kat sekolah.Walaupun mengajar kat sekolah menengah, tapi guru-guru kat sekolah ni boleh balik seawal pukul 2 petang sebab sekolah ni ada 2 sesi. Sesi pagi bermula pukul 7.30 pagi hingga 1.20 ptg.(untung kan sekolah dua sesi ni…balik awal..ahaha)sampai ja kat rumah, makan, rehat sekejap,lepastu terus membuta sampai ke petang..malam pulak buat revision untuk mengajar esok hari.Revision mesti kena buat sebab dah lama sangat tinggalkan subjek Sains ni..takut kalau buat ajaran sesat pulak kat students..haha..
Sebenarnya, tak pernah terlintas kat dalam hati ni pun nak jadi guru ganti masa cuti ni. Ditugaskan untuk mengajar Sains dan ditakdirkan mengajar student PMR dan SPM pulak. Mula-mula rasa takut jugak,sebab dah berapa tahun dah tinggalkan Sains.
Hari first jadi cikgu memang sangat mengujakan. Malam sebelumnya memang tidur lewat sebab nak siapkan rancangan mengajar untuk esok dan ulangkaji apa yang nak diajar kat students...(kalau ada cikgu – cikgu yang tengok macam mana aku perah otak nak siapkan rancangan mengajar ni mesti ada yang kata * apa yang ‘stiuuuupied’ sangat..nak buat benda tu pun tak tahu..) sebenarnya nak buat rancangan mengajar ni bukannya susah pun.benda simple ja.tapi disebabkan first time nak buat,..memang tak tahu nak buat macam mana. Nama pun first time..sebelum ni manalah pernah belek-belek buku rancangan mengajar yang cikgu-cikgu buat..Tapi Alhamdulillah..akhirnya siap jugak setelah buat rujukan dari internet.
Mengikut apa yang tertera pada jadual yang diberi, ada dua kelas sahaja yang perlu diajar esok.kedua-dua kelas tingkatan 3. So, tak perlulah study terlebih sangat sebab tajuk ‘Respirasi’ sahaja. Tajuk yang memang simple dan agak senang.(bukan nak cakap besar atau apa,..tapi tajuk tu lebih senang berbanding tajuk-tajuk yang lain…hehe).
Selesai buat rancangan mengajar dan study, gosok baju segala bagai., seawal jam 1.00 pagi aku masuk tidur.Baru ja nak lelap kan mata,…..tiba-tiba..
‘alamak’
Alamak,…cikgu silap ikut jadual lah pulak..esok  1 Januari bersamaan hari Selasa.
Tapi,..cikgu ni ikut jadual hari Ahad..haha.. (*porahh betul la cikgu sorang ni..hehe).
Mata dah mengantuk sangat, tapi terpaksa bangun  tengok semula  jadual dan yang paling penting kena buat rancangan mengajar sekali lagi..haha. (*padan muka)
‘alamak’
Alamak sekali lagi sebab, jadual hari Selasa kena mengajar tingkatan 3 dan tingkatan 5. (means,.kena study subjek tingkatan 5…memang seronok!inilah akibatnya kalau tak tengok jadual betul-betul.)
Sebenarnya boleh ja kalau nak tidur terus,..tapi esok nak mengajar apa kat budak-budak tu?nanti terkial-kial kat depan budak-budak tu pulak… (students kata tak tahu mengajar pulak..hmmm..jatuh saham.)
Kat bawah ni jadual kelas untuk seminggu.(tak penuh sangat.just 20 masa untuk seminggu)

Waktu/
Hari
07.40 -
08.15
08.15 -
08.50
08.50 –
09.25
09.25 –
10.00
10.00-
10.20
10.20-
10.55
10.55-
11.30
11.30-
12.05
12.05-
12.40
12.40-
01.20
Ahad
 
 
3D
3D
 
 
 
 
3C
3C
Isnin
 
3C
 
5A
 
 
 
 
5SS
5SS
Selasa
 
 
3C
3C
 
 
 
5SS
5SS
 
Rabu
3D
3D
 
 
 
 
 
5A
5A
3D
Khamis
 
 
 
 
 
5SS
 
5A
5A
 

 
 
 
 
p/s:to be continued..stay tuned pleasee.. :)

 

2 comments: