Bismillah....dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah,..akhirnya
dapat juga peluang nak update cerita dekat blog ni. Dulu mungkin alasan tak
sempat update blog sebab sibuk dengan projek akhir tahun yang bertimbun-timbun
menghempap kepala tu. Tapi, bila dah jadi penganggur sepenuh masa ni pun tak
sempat nak update blog juga. Tak ada alasan sibuk,…tapi terlebih rehat
adalah..jujur cakap, pemalas sebenarnya. Sebenarnya banyak cerita dan peristiwa
yang berlaku sepanjang jadi penganggur ni..haha.
Kalau
dah status menganggur tu rasanya tak payahlah nak terang secara terperinci apa
aktiviti harian.Memang semua penganggur akan buat benda yang sama. Benda
asas,….makan,tido…tu sahaja kerjanya.sangat mudah dan sangat tak
produktif!Minggu first jadi penganggur rasa macam dunia ni aku yang
punya.bahagia sebahagianya…yuhooo….
Tapi,
bila masuk minggu second,dah rasa macam mati kutu.bosan tak tahu nak buat
apa.pulak dah…hmmmmm.tapi malas pulak rasa nak kerja.dapat tawaran kerja, tapi …….
(kalau dah pemalas tu memang susah nak cakap…huhu).
Akhirnya,….genap
2 bulan jadi penganggur sepenuh masa dekat rumah,akhirnya hati terbuka juga
untuk kerja..ececeh…nak kerja pun kena tunggu hati terbuka dulu.apa punya
perangai lah kan.sebenarnya terima sebab dah rasa bosan tahap apa pun tak tahu
lah duduk kat rumah ni.dah rasa macam separuh gila pun ada sebenarnya.dah macam
satu spesis dengan ulat yang duduk dalam batu pun ada..ahaha.
Bila
dah bekerja ni, lagilah tak sempat nak update blog kesayangan ni.balik kerja
terus membuta sebab letih sangat. Petang baru bangun…(bagus kan?huhu)..Malam
pulak sibuk prepare buat ringkasan mengajar untuk hari esok,..study sikit apa
yang nak di ajar kat student nanti.bukan apa…takot jadi ajaran sesat
pulak..susah tu..huhu. fail pulak student bila exam nanti..ahaha.
Tugas
seorang guru bukan tugas yang ringan. Tanggungjawab yang sangat berat. Bila dah
jadi guru ganti ni,barulah faham apa yang guru-guru alami,faham apa perasaan
mereka.hihi..terutama kalau mengajar di sekolah bukan budak terpilih.mana
dengan nak mengajar lagi, mana nak kawal kelas lagi, nak fikir macam mana nak
fahamkan apa yang kita ajar pada student lagi..tu semua terletak pada bahu
guru-guru.susah sebenarnya jadi guru ni.
p/s: Insyaallah...nanti akan kongsikan pengalaman hari first jadi guru..
'call me Teacher maybe'....ahahaha
No comments:
Post a Comment