Hati berkobar-kobar nak balik kampung untuk beraya. Lagi tambah berkobar bila mak di kampung khabarkan berita yang gembira.
Mak: Buku dari LangitIlahi dah sampai.
Aku: Dah sampai?Ada 'sign' Hilal Asyraf tak?
Mak: Ada. Siap kata-kata hikmah lagi.Anak mak ni siyes ka?
Aku: Yes!!hehe,siyes la ni.dah siap beli buku lagi.tak nampak macam siyes ka?hehe
Mak: (senyap.mesej tak berbalas lagi.hehe.aku tau,mak dah malas nak layan,sebab anak dia ni selalu sangat main-main dengan dia.kan dah padan muka).
Sebelum Aku Bernikah.tajuk macam buku untuk orang yang dah nak kahwin.tapi sebenarnya buku ni sesuai untuk panduan remaja yang seusia aku.hehe.umur dah 20, normal la kalau cakap pasal ni.sekarang ni kan tengah 'panas' isu kahwin muda ni.
Aku kupas sikit pasal penulis buku ni. Penulis buku ni Hilal Asyraf.Ramai yang kenal dengan penulis ni.Siapa yang tak kenal tu memang rugi.Masih muda,berbakat besar setanding dengan Ust. Pahrol Juoi(salah seorang penulis yang memang aku minat and follow still sekarang).Aku mula kenal Hilal Asyraf ni sejak awal 2011.Mula-mula selalu follow LangitIlahi punya site,sampailah follow + subscribe Hilal Asyraf kat facebook.boley dikatakan aku tangkap 'cintan' dengan Hilal ni. Tapi, jangan salah faham, tangkap cintan dengan penulisan Hilal.bukan tangkap cintan dengan Hilal.hehe..sabar-sabar.Pn. Masyitah,jangan risau yer.sebabnya,setiap tulisan yang dia sampaikan terus masuk dalam hati aku. Setiap penulisan Hilal ni macam ada 'jiwa'.Ada feel bila baca. Maybe Hilal ni tulis dengan ikhlas dan sepenuh hati. Sebab, hanya yang lahir dari hati dapat menyentuh hati.haha.cukup setakat ni ja dulu.insyaallah, lepas ni aku kongsi sikit kandungan buku ni.yang penting memang berbaloi beli buku ni.