Rutin
harian sebagai penganggur terus berubah bila dah bergelar guru ni.Bangun seawal
5.30 pagi.Pukul 7.30 pagi mesti dah ada kat sekolah.Walaupun mengajar kat
sekolah menengah, tapi guru-guru kat sekolah ni boleh balik seawal pukul 2
petang sebab sekolah ni ada 2 sesi. Sesi pagi bermula pukul 7.30 pagi hingga
1.20 ptg.(untung kan sekolah dua sesi ni…balik awal..ahaha)sampai ja kat rumah,
makan, rehat sekejap,lepastu terus membuta sampai ke petang..malam pulak buat revision untuk mengajar esok hari.Revision mesti kena buat sebab dah lama
sangat tinggalkan subjek Sains ni..takut kalau buat ajaran sesat pulak kat students..haha..
Sebenarnya,
tak pernah terlintas kat dalam hati ni pun nak jadi guru ganti masa cuti ni. Ditugaskan
untuk mengajar Sains dan ditakdirkan mengajar student PMR dan SPM pulak. Mula-mula rasa takut jugak,sebab dah
berapa tahun dah tinggalkan Sains.
Hari first jadi
cikgu memang sangat mengujakan. Malam sebelumnya memang tidur lewat sebab nak
siapkan rancangan mengajar untuk esok dan ulangkaji apa yang nak diajar kat students...(kalau ada cikgu – cikgu yang
tengok macam mana aku perah otak nak siapkan rancangan mengajar ni mesti ada
yang kata * apa yang ‘stiuuuupied’
sangat..nak buat benda tu pun tak tahu..) sebenarnya nak buat rancangan
mengajar ni bukannya susah pun.benda simple
ja.tapi disebabkan first time nak
buat,..memang tak tahu nak buat macam mana. Nama pun first time..sebelum ni manalah pernah belek-belek buku rancangan
mengajar yang cikgu-cikgu buat..Tapi Alhamdulillah..akhirnya siap jugak setelah
buat rujukan dari internet.
Mengikut apa yang tertera pada jadual yang diberi, ada dua
kelas sahaja yang perlu diajar esok.kedua-dua kelas tingkatan 3. So, tak perlulah study terlebih sangat sebab tajuk ‘Respirasi’ sahaja. Tajuk yang
memang simple dan agak senang.(bukan
nak cakap besar atau apa,..tapi tajuk tu lebih senang berbanding tajuk-tajuk
yang lain…hehe).
Selesai buat rancangan mengajar dan study, gosok baju segala bagai., seawal jam 1.00 pagi aku masuk
tidur.Baru ja nak lelap kan mata,…..tiba-tiba..
‘alamak’
Alamak,…cikgu silap ikut jadual lah pulak..esok 1 Januari bersamaan hari Selasa.
Tapi,..cikgu ni ikut jadual hari Ahad..haha.. (*porahh betul la cikgu sorang ni..hehe).
Mata dah mengantuk sangat, tapi terpaksa bangun tengok semula
jadual dan yang paling penting kena buat rancangan mengajar sekali
lagi..haha. (*padan muka)
‘alamak’
Alamak sekali lagi sebab, jadual hari Selasa kena mengajar
tingkatan 3 dan tingkatan 5. (means,.kena
study subjek tingkatan 5…memang seronok!inilah akibatnya kalau tak tengok
jadual betul-betul.)
Sebenarnya boleh ja kalau nak tidur terus,..tapi esok nak
mengajar apa kat budak-budak tu?nanti terkial-kial kat depan budak-budak tu
pulak… (students kata tak tahu mengajar pulak..hmmm..jatuh saham.)
Kat bawah ni jadual kelas untuk seminggu.(tak penuh
sangat.just 20 masa untuk seminggu)
Waktu/
Hari
|
07.40 -
08.15
|
08.15 -
08.50
|
08.50 –
09.25
|
09.25 –
10.00
|
10.00-
10.20
|
10.20-
10.55
|
10.55-
11.30
|
11.30-
12.05
|
12.05-
12.40
|
12.40-
01.20
|
Ahad
|
|
|
3D
|
3D
|
|
|
|
|
3C
|
3C
|
Isnin
|
|
3C
|
|
5A
|
|
|
|
|
5SS
|
5SS
|
Selasa
|
|
|
3C
|
3C
|
|
|
|
5SS
|
5SS
|
|
Rabu
|
3D
|
3D
|
|
|
|
|
|
5A
|
5A
|
3D
|
Khamis
|
|
|
|
|
|
5SS
|
|
5A
|
5A
|
|
p/s:to be continued..stay tuned pleasee.. :)