Alhamdulillah...kalau anda semua masih ingat,dalam episod yang lepas,saya ada menulis sesuatu dan mengharapkan satu keajaiban akan berlaku terhadap diri saya.Alhamdulillah juga sekali lagi kerana Allah masih mendengar rintihan hambaNya apabila menemukan saya dengan seorang insan yang mulia....Alhamdulillah....insan mulia yang mampu membuatkan diri saya tersenyum kembali.Ketika bertemu dengan insan tersebut terluah segala yang terbuku didalam hati saya.Saya bersyukur kerana masih ada insan yang sudi mendengar masalah saya..moga Allah merahmati insan tersebut...amiin...
Setiap manusia di muka bumi ini tidak terlepas daripada ujian dan dugaan oleh Allah Taala. Kita juga sebenarnya adalah apa yang kita pilih kerana memang fitrahnya setiap menusia diberi pilihan atas sesuatu, kecuali jodoh,rezeki,ajal maut dan juga siapa ibu bapa kita. Justeru, sebagai hamba Allah, kita seharusnya membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam membuat keputusan sama ada akan lakukan atau tidak. Menerima atau menolak. Mengiakan atau menidakkan. Tetapi sebagai hamba Allah,setiap pilihan yang dilakukan haruslah berteraskan redha Allah. Tanyalah pada diri sendiri samada sesuatu yang kita pilih itu bertentangan atau tidak. Maksiat, dosa atau pahala?..semuanya bergantung pada akal fikiran kita. Tetapi jikalau ditakdirkan kita tersilap membuat pilihan atau pertimbangan, janganlah terlalu emosi dalam menghadapinya. Sebaliknya, hadapi ia dengan hati dan minda yang terbuka. Manusia secara fitrahnya tidak pernah lari dari membuat kesilapan. Bak kata pepatah, bumi mana tak ditimpa hujan..justeru, apakah tindakan kita dalam menghadapi situasi ini?anggaplah ia sebagai dugaan dan sentiasalah percaya bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. Positifkanlah fikiran kita terhadap apa jua situasi yang berlaku kerana itu sedikit sebanyak dapat memujuk hati kita agar menerima sesuatu dengan redha. Apa yang pasti, sebagai hamba Allah, kita haruslah kembali padaNya,..sentiasalah menadah tangan berdoa dan mengharapkan belas kasihan dariNya dan yakin pada diri bahawa dugaan yang datang melanda adalah tanda Allah sayang pada kita, anggap juga ia sebagai peringatan dariNya agar kita tidak menyimpang jauh dari landasan yang sebenar. Apa yang penting, dalaman kita haruslah kuat. Pertama, haruslah memaafkan diri sendiri. Jangan menghukum diri kita terhadap sesuatu yang berlaku. Kemudian, barulah belajarlah memaafkan dan melupakan kesalahan orang lain. Tetapi, apa yang sering berlaku hari ini, memaafkan itu mudah tetapi melupakan itu mungkin sukar. Itu juga akan menyebabkan hati kita tidak tenteram. Sedangkan nabi memaafkan umatnya, inikan pula kita yang hanya insan biasa. Kedua, sekiranya kita melakukan kesalahan, segeralah bertaubat dan menganggapnya sebagai iktibar. Tanamkan azam dalam diri bahawa kita tidak akan sesekali mengulanginya lagi. Ketiga, mulakan hari yang baru dengan azam dan semangat yang baru. Sentiasalah perbaharui niat kita. Niat itu penting untuk kita melaksanakan sesuatu. Jangan terlalu mudah mempercayai seseorang dan pedulikan segala kritikan yang boleh menjatuhkan kita. Fikirlah tentang masa depan diri sendiri. Kerana perlu diingat bahawa tak semua orang suka melihat kita berjaya, senang dan gembira. Ramai orang lebih suka melihat kita gagal. Berdampinglah atau minta nasihat daripada orang yang dipercayai seperti ibu bapa atau keluarga terdekat.
p/s: semoga dapat manfaat bersama...
No comments:
Post a Comment